Ye Wan Wan mengundur ke belakang dan menarik kakinya.
Dia terlihat tali kasutnya yang longgar sudah diikat menjadi riben yang cantik dengan jari-jemari runcing lelaki tersebut.
"Janganlah takut, saya tak berniat jahat pada awak, cuma…" Si Xia terhenti.
Ye Wan Wan memandang sepintas lalu, dan berkata, "Cuma apa?"
"Cuma…saya nak berada di sisi awak…"
Ye Wan Wan: "…"
'Kenapa tiba-tiba dia berubah, sebelum ini okey saja?'
Jika dia tidak tersalah dengar, maka adakah Si Xia baru sahaja mengaku cintanya secara berkias?
Ye Wan Wan terdiam kaku dalam kekeliruan dan sebuah lagu tiba-tiba muncul dalam mindanya. Di tempat tumbuhnya sepohon pokok bunga pic…
'Pelik betul dunia kelahiran kedua aku ini…'
Jika kehidupannya sebelum dilahirkan semula sukar, maka kehidupannya selepas dilahirkan semula telah dinaik taraf kepada mod neraka!