Selepas mengucapkan selamat tinggal kepada semua orang, Ye Wan Wan kembali ke kereta dan menukar baju serta solekannya. Seminar Profesor Li Yue akan diadakan di dewan multimedia yang terletak di bahagian timur Universiti Media Empayar. Apabila Ye Wan Wan tiba, kebanyakan tempat duduk di dalam dewan itu telah diambil, jadi dia telah disapa dengan lautan manusia.
Selain daripada pelajar daripada universiti ini, ramai juga pelajar daripada universiti lain yang datang. Jadi, dewan itu luar biasa meriahnya.
Apabila Ye Wan Wan tiba di pintu masuk dewan, dewan itu tiba-tiba disampuk sunyi untuk beberapa saat sebelum riuh semula dengan begitu banyak mata terarah kepadanya.
"Wow! Si cantik ni jurusan mana? Kenapa saya tak pernah nampak dia?!"
"Universiti kita ada perempuan cantik macam dia ke? Kenapa saya tak pernah tahu! Dia artis yang dah debut dan tak selalu datang kelas ke?"
"Kalau dia artis, tak mungkin kita tak kenal dia!"
…