Ye Wan Wan selalu menyebut perihal Jiang Yan Ran di hadapan Han Xian Yu dan pernah meminta tandatangan edisi terhad daripada lelaki itu, jadi Han Xian Yu tahu sedikit sebanyak tentang gadis itu.
"Kawan sekelas awak?" tanya Han Xian Yu.
Ye Wan Wan mengeluh, "Ya. Saya kesian dekat teman lelaki dia. Dia selalu jadi nombor dua!"
Ye Wan Wan sedang ketawa apabila telefon bimbitnya berdering. Ia panggilan telefon daripada peminat setia itu.
Ye Wan Wan berkata dengan tidak berdaya, "Panjang umur, peminat setia awak sedang hubungi saya. Pergi kerja, saya jawab panggilan ni kejap…"
"Okey!" Han Xian Yu ketawa kecil.
Ye Wan Wan berjalan ke sudut yang tiada orang dan menjawab panggilan itu, "Helo, Yan Ra…"
"AHHHH! Wan Wan, Wan Wan, Han Xian Yu datang buat penggambaran dekat sekolah kita hari ni, awak tahu tak? Sayang saya ada kelas sepanjang pagi, jadi saya tak boleh pergi!" Suara teruja Jiang Yan Ran jelas kedengaran di hujung talian.