Jika tidak, biarpun selepas dia bangun, dengan kuasanya seorang sahaja, dia tidak akan dapat mengubah apa-apa. Dengan itu, Xia Wa berasakan yang penyatuan Mubai dan Xinghe memang sudah ditakdirkan. Mungkin Tuhan sedang membantu mereka berdua mengharungi krisis dalam diam.
"Puan, adakah dimensi kelima memang wujud?" tanya Mubai dengan tidak pasti.
Xia Wa mengangguk. "Ya."
"Jadi, kamu nak kami masuk ke dimensi kelima demi memenuhi hajat orang itu?" tanya Xinghe.
"Ya, itulah kontrak saya dengan dia. Kalau kita berjaya, dia akan berikan tempoh 25 tahun tambahan kepada dunia ini."
Dengan kata lain, biarpun mereka berjaya, bahaya masih tidak diselesaikan sepenuhnya. Namun, mereka akan memperoleh lebih banyak masa untuk menyelamatkan keadaan. 25 tahun adalah masa yang lebih dari mencukupi untuk melakukan banyak perkara.
"Ibu, kamu tak tahu pun identiti sebenar dia. Dia boleh dipercayai ke?"