Chereads / Encik CEO, Manjakan Aku 100 Peratus! / Chapter 888 - Kami Tidak Marabahaya

Chapter 888 - Kami Tidak Marabahaya

"Tapi kamu melakukan semua itu untuk menyelamatkan dunia," tegas Ali dengan mata yang berkaca. "Kamu dah banyak berbakti untuk menyelamatkan dunia, semua yang kamu lakukan, semuanya demi kebaikan seluruh dunia. Tapi mereka semua hanya tahu bagaimana untuk menikmati faedah yang ada. Apa yang mereka lakukan adalah mungkir janji! Itu sahaja!"

"Apa yang kami lakukan adalah demi keamanan dunia!"

Tiba-tiba, beberapa orang duta yang mengenakan baju sut berjalan ke arah mereka. Ketua mereka adalah seorang wanita. Dia berumur 40-an dan kelihatan begitu segak sekali. Dia memakai baju sut yang konservatif dan ini membuatkan dia kelihatan seperti seorang pengetua. Wanita ini yang mengucapkan kata-kata itu tadi.

This is the end of Part One, download Chereads app to continue:

DOWNLOAD APP FOR FREEVIEW OTHER BOOKS