Chereads / Encik CEO, Manjakan Aku 100 Peratus! / Chapter 873 - Saya Memang Tidak...

Chapter 873 - Saya Memang Tidak...

Kai Li menjelaskan dengan penuh terdesak, "Saya tak buat macam itu, ataupun sekurang-kurangnya ia bukan niat saya untuk buat macam itu. Kamu kena percayakan saya. Saya tak tahu kenapa ia berlaku, tapi saya memang tak berniat untuk ia berlaku!"

"Kamu tak buat?" Sam mencemuh. "Kalau saya tak ada, kita semua dah mati disebabkan kamu! Kamu ingat kalau kamu berpura-pura hilang akal, kamu akan selamat?"

"Tapi saya memang tak…" Kai Li menjelaskan dengan tergesa-gesa. "Saya tak tahu apa yang jadi dengan saya, tapi saya memang tak mahu buat macam itu, saya memang tak mahu."

"Habis kenapa kamu buat?" Sam bertanya dengan kasar.

"Saya, saya tak tahu…" Kai Li bergelut untuk menjelaskan diri, tetapi segalanya kedengaran tidak logik kepadanya juga.

Tiba-tiba, suara Xinghe yang jelas kedengaran, "Adakah He Lan Yuan berbuat sesuatu kepada kamu?"

This is the end of Part One, download Chereads app to continue:

DOWNLOAD APP FOR FREEVIEW OTHER BOOKS