Di dalam memorinya, ibunya adalah seorang yang tenang. Dia tidak pernah melihat ibunya hilang ketenangan, dia seolah-olah tidak peduli akan apa-apa pun di dalam dunia ini. Biarpun langit akan runtuh, ibunya tidak akan peduli sedikit pun.
Xinghe paling kagum akan kebijaksanaannya, dia adalah wanita yang paling bijak pernah Xinghe temui di dalam dunia ini. Segalanya yang Xinghe miliki adalah dipelajari daripada dia, bahkan sikapnya yang begitu tenang dan tidak mempedulikan apa-apa juga diwarisi daripada ibunya.
Namun, kemahirannya masih kurang berbanding ibunya. Ini menunjukkan betapa berbakatnya ibu Xinghe.
Oleh itu, Xinghe tidak faham apa yang berlegar-legaran di mindanya. Jika ia adalah orang lain, Xinghe akan dapat membaca fikiran mereka, tetapi ini adalah ibunya, satu-satunya orang yang tidak dapat dia fahami.