Wajah He Lan Yuan serta-merta menjadi muram. "Nyawa semua orang di dunia ini berada di tangan saya! Apa pentingnya dia ini jika dibandingkan dengan dunia‽ Saya arahkan kamu untuk bunuh dia sekarang! Saya nasihatkan kamu agar jangan mencabar kesabaran saya kerana kamu tak akan mampu tanggung akibatnya."
"Jadi bunuhlah saya," Mubai berdiri dengan tenang dan kata-katanya ditujukan kepada George. "Mejar George, saya tak nak letakkan kamu dalam keadaan yang sukar, tembak saya sekarang, saya tak kisah."
He Lan Yuan menyaksikan keberanian Mubai dan wajahnya menjadi semakin hodoh. Dia berkata sambil tersenyum jahat, "Tunggu, saya dah berubah fikiran, saya tak mahu bunuh dia sekarang. Patahkan tangan dan kaki dia dan saya akan melepaskan dunia, kamu ada satu minit untuk membuat keputusan."
"Kamu cemburu dengan dia, bukan?" Xinghe tiba-tiba membuka mulutnya untuk bersuara.