Chereads / Encik CEO, Manjakan Aku 100 Peratus! / Chapter 667 - Tidak Terlalu Berbeza

Chapter 667 - Tidak Terlalu Berbeza

"Macam ini, anggap sahaja kita berdua tidak terlalu berbeza," jawab Xinghe perlahan-lahan. Mulut Xiaoxi terlopong luas. 'Apa yang dia cakapkan ini? Macam mana pula saya dan dia tidak terlalu berbeza?'

"Ayah… Ayah kamu…"

"Ibu saya, sebenarnya," Xinghe menjawab dengan lembut. "Dia hilang sejak 13 tahun yang lalu. Sama seperti Ayah kamu, dia berkata yang dia bukannya berasal dari dunia ini."

Xiaoxi teramat terkejut. Dia tidak menjangka Xinghe mempunyai pengalaman yang serupa dengannya. Xiaoxi menyangka dia adalah satu-satunya orang dengan pengalaman sebegitu di dunia ini.

"Saya tak sangka kamu pun begini juga…" kata Xiaoxi dengan rasa tidak percaya.

Xinghe mengangguk. "Mula-mula, saya pun ingat saya seorang sahaja yang mengalami perkara sebegini. Tetapi, saya dah bertemu dengan ramai orang yang serupa. Termasuk diri saya sendiri, kamu adalah orang keenam."

"Keenam?" Xiaoxi menghela nafas. "Ada sekurang-kurangnya enam orang macam kita?"

This is the end of Part One, download Chereads app to continue:

DOWNLOAD APP FOR FREEVIEW OTHER BOOKS

Related Books

Popular novel hashtag