Ini adalah satu berita bagi gadis itu juga, dia bertanya, "Cucu perempuan kamu? Maksud kamu saya bukan keluarga Lin punya.. "
"Memang bukan!" Kata Tuan Besar Shen dengan teruja. "Keluarga Lin yang keji itu telah menukar anak perempuan saya sewaktu dia lahir, jadi Ibu kamu mungkin adalah anak perempuan kandung saya! Kami baru saja tahu tentang ini. Saya adalah Datuk kamu yang sebenar!"
"Apa…" itu sahaja yang mampu gadis ini katakan. Dia merenung pada Tuan Besar Lin dan air mata yang dipenuhi kebencian mengalir di pipinya. "Patut la kamu semua sanggup melayan saya macam ini! Saya tertanya-tanya macam mana kamu boleh tergamak untuk melakukan perkara sebegini kepada darah daging kamu sendiri. Jadi, Ibu saya sebenarnya bukan anak perempuan kamu pun. Keji! Kejam!"