Syukurlah, dia tidak berkuasa di hadapannya dan telah menyerah sepenuhnya. Namun, dia sebenarnya tidak kisah jika mati di tangan Xinghe.
Xinghe melihat ke arahnya dengan penuh curiga, ingin tahu apa yang Mubai sedang maksudkan.
Mubai tidak menjelaskan sebaliknya dia tersenyum seorang diri. Ini membuatkan Xinghe semakin bertambah curiga . "Kenapa kamu tersenyum?"
"Saya cuma gembira."
"Apa yang kamu gembirakan?" Xinghe tiba-tiba menyedari hati lelaki sukar untuk dibaca.
"Gembira sebab kamu tak tolak cinta saya…" Mubai bersandar ke hadapan untuk mencium bibir Xinghe.
…
Xinghe telah lama menunggu keluarga Lin untuk membalas semula tekanan yang diberikan kepada mereka.
Sebaik sahaja semua orang menyangka keluarga Lin akan kalah, sesuatu yang menakjubkan berlaku. Sewaktu perjalanan bot Shen Ru, dia secara tidak sengaja jatuh ke dalam laut dan hampir lemas.