"Xiao Ru, kamu mungkin tak akan percaya, tapi kami adalah Ibu Bapa kandung kamu! Kamu adalah anak perempuan keluarga Lin, anak perempuan kami!
'Apa‽'
Shen Ru membeliakkan matanya dengan penuh rasa tidak percaya.
Seolah-olah mendapat isyarat, Puan Besar Lin mula menangis, "Xiao Ru, itu memang benar. Kami Ibu Bapa kandung kamu. Kamu bukan anak perempuan keluarga Shen. Kamu tak ada kaitan dengan mereka."
"Xiao Ru, selepas bertahun-bertahun lamanya, akhirnya kami ada keberanian untuk memberitahu kamu kebenarannnya," kata Lin Kang dengan penuh rasa sakit di wajahnya.
Fikiran Shen Ru bercelaru! Dia adalah anak perempuan keluarga Lin dan bukannya keluarga Shen… apa yang berlaku‽