Sekiranya ya, tidakkah ini menujukkan dia terlalu genius?
Reka bentuk anggota buatan yang dihasilkan olehnya sebelum ini, mereka belum selesai membedahnya lagi, dan sekarang dia telah menghasilkan sesuatu yang baru?
Kumpulan penyelidik menjangkakan jawapannya dengan rasa keterujaan dan kerunsingan…
Xinghe menggelengkan kepalanya. "Ini bukan rekaan saya tetapi rekaan seorang saintis perubatan. Lagipun, reka bentuknya masih perlu disempurnakan kerana terdapat banyak masalah yang luar biasa, kita perlu bekerjasama untuk menyelesaikannya. Oleh itu, mulai hari ini dan seterusnya, saya nak kamu semua menghentikan penyelidikan semasa dan bantu saya selesaikan ini. Saya akan terangkan lebih lanjut mengenai masalah-masalah yang kami hadapi…"