Ia sangat lemah sehingga hampir tidak boleh didengar. Namun, sekurang-kurangnya ia masih berdegup. Jantungnya masih bertahan sedangkan ia sepatutnya sudah tidak mampu bertahan lagi. Xinghe bersyukur kerana itu.
Xinghe membongkok untuk melihat Mubai. Dia membuka bibirnya untuk berkata, "Xi Mubai, kalau kamu boleh dengar, tolong janji dengan saya kamu akan bertahan dan tak akan menyerah. Ini satu-satunya permintaan saya kepada kamu, saya nak kamu bertahan. Tidak kira sesukar mana pun, tolong jangan berputus asa. Saya tak akan menyerah dengan kamu dan saya minta supaya kamu melakukan perkara yang sama untuk saya. Mari sama-sama bertahan, okey?"
Jawapan yang Xinghe dapat hanya bunyi detakan dari elektrokardiogram. Itu adalah sebuah janji yang baik bagi Xinghe. Hatinya masih berdegup jadi Xinghe tahu dia akan bertahan. Xinghe tahu dia adalah orang yang paling berazam di seluruh dunia jadi seseorang seperti dia tidak akan mati dengan begitu mudah.