Selepas dia mula membeli saham Empayar Xi, harga saham tersebut mula merudum dan produk mereka tetap akan dihentikan penjualannya. Empayar Xi berhadapan dengan satu pukulan hebat lagi apabila Mubai mengalami kemalangan. Empayar Xi semakin merosot dari hari ke hari.
Lin Jing tahu dia memerlukan masa dan kesabaran untuk menewaskan gergasi besar ini. Malah, dia sudah bersedia untuk menghadapinya secara perlahan.
Oleh itu, serangan balas Empayar Xi secara tiba-tiba telah mengejutkannya. Bagaimana Empayar Xi mampu menunjukkan taktik yang sebegini berani biarpun setelah kehilangan Mubai? Bagaimana mereka melakukannya?
'Mereka tak takut ke pembaziran aset akan mempercepatkan kemuflisan Empayar Xi? Atau adakah ini hanya perjuangan terakhir binatang yang akan mati?'
Namun, tidak kira bagaimana dia melihatnya, nampaknya Empayar Xi tidak menyerah kalah. Ini adalah pembalasan dendam terhadap Bao Hwa. Wajah Lin Jing menjadi muram apabila dia menyedarinya.