Sewaktu dia memulihkan dirinya, Xinghe menghabiskan masa berjam-jam untuk mencari cara menentang keluarga Lin.
Dia mengimbas semua maklumat yang ada pada keluarga Lin. Dia berasa curiga dengan data Lin Xuan kerana ia terlalu ringkas. Dia dibesarkan dengan cara yang biasa. Dia belajar dan bekerja di luar negara.
Kehidupannya serupa dengan berjuta-juta orang biasa di luar sana. Biografinya bersih dan teratur, terlalu bersih dan teratur sebenarnya. Macam mana seorang yang mempunyai latar belakang sebegini boleh membawa bom mini bersamanya dan membunuh sepupunya tanpa rasa bersalah?
Oleh itu, mesti ada rahsia di sebalik identitinya yang tidak begitu mengagumkan itu!
Tidak kira apa pun ia, jika Xinghe menyiasat, kejahatannya akan diketahui tidak lama lagi!
Sebulan telah berlalu. Xinghe telah banyak pulih tetapi Mubai tetap sama sahaja. Dahulu, mereka berharap dia cepat sembuh namun sekarang mereka berdoa agar keadaannya tidak bertambah teruk sahaja.