Dia masih berasakan seolah-olah sedang berada dalam sebuah mimpi ngeri sewaktu dia dikerumuni. 'Macam mana keadaan boleh jadi macam ini?'
Sebelum ini, dia sedang melihat Munan dihukum. Sindiket IV telah dimusnahkan dan dia akan dilantik sebagai ketua Unit Naga Terbang. Dia hampir memiliki segala-galanya.
Jadi kenapa ini berlaku? Macam mana ini boleh berlaku? Jenayahnya tiba-tiba terbongkar.
"Saya bantah!" Saohuang berkata dengan tiba-tiba. Dia merenung ke arah hakim dan menuntut, "Saya enggan mempercayai ada bukti kegiatan jenayah saya dalam dokumen itu! Ia mesti palsu!"
Sindiket IV telah dimusnahkan, jadi mana mungkin mereka dapat memperoleh bukti tersebut?
Hakim menyatakan dengan penuh kuasa, "Tetapi ini benar. Dokumen ini datang dari pejabat presiden Negara Y. Maklumat ini diambil dari pangkalan Sindiket IV, ia tidak mungkin palsu. Jenayah dan maklumat kamu ditulis dengan jelas di sini."