Kerana bimbang dia akan menganggu tugasan Xinghe, Mubai tidak melibatkan diri. Xinghe duduk di hadapan sebuah komputer super, jari-jemarinya berterbangan di atas papan kekunci.
Tugas pertama Xinghe ialah menggodam 'server' pangkalan tersebut. Pertahanan pangkalan itu dimusnahkan olehnya. Xinghe menggodam dengan mudah dan mengambil alih sistem pengawasan dalaman.
Dalam sekelip mata, pelbagai video pengawasan muncul di skrin. Semua orang teruja ketika perkara ini berlaku.
Ali memuji Xinghe, "Xinghe, kamu terlalu hebat! Kamu menggodam ke dalam sistem mereka dengan begitu pantas."
"Saya tak sangka pangkalan ini begitu besar. Pengawasan di sini hanya menunjukkan sebahagian daripada seluruh kawasan," kata Charlie dengan nada yang serius.
Philip terus mengarahkan, "Periksa setiap sudut tempat ini, dan saya memerlukan susun atur yang tepat!"
"Sememangnya," kata Xinghe sambil terus bekerja di komputer.