Chereads / Encik CEO, Manjakan Aku 100 Peratus! / Chapter 467 - Tertumpu ke Arahnya

Chapter 467 - Tertumpu ke Arahnya

Walau bagaimanapun, dia dapat berasakan ia sememangnya jumlah yang ramai dan itu belum termasuk helikopter yang di udara lagi. Barron tidak sangka Philip mempunyai jumlah bala tentera yang seramai ini.

Tersentak dari fikirannya, dia melambaikan tangan ke udara. "Jeneral, ini saya, Barron!"

Selepas menjerit, Barron dapat melihat sekumpulan orang berjalan ke arahnya. Barron dapat melihat orang yang sedang berjalan di hadapan ialah Philip, di sebelahnya ialah lelaki yang bertopi itu dan di belakang mereka ialah sebaris tentera terlatih yang bersenjatakan senapang.

Barron memberi respon dengan menunduk hormat pada Philip, "Jeneral, kenapa kamu ada di sini? Saya tak sangka kamu akan datang; ini memang satu kebetulan!"

Philip menjeling pada Barron dan berkata, "Saya dapat laporan tentang bunyi tembakan yang datang dari kawasan ini, jadi saya datang untuk memantau."

This is the end of Part One, download Chereads app to continue:

DOWNLOAD APP FOR FREEVIEW OTHER BOOKS