Sepanjang hari Shu Mei tidak dapat menumpukan perhatian kerana terlalu memikirkan mengapa Saohuang mengajaknya keluar. 'Mungkin... dia berminat dengan saya?'
Pemikiran itu sahaja sudah cukup untuk membuatnya teruja sepanjang hari. Dia menghabiskan sepanjang malam menyiapkan dirinya untuk temu janji keesokan hari. Hampir semua orang bekerja lebih masa pada ketika itu tetapi Shu Mei berjaya melepaskan diri.
...
Saohuang meminta untuk berjumpa dengannya di sebuah restoran terpencil. Shu Mei tiba awal dan Saohuang tiba beberapa minit kemudian.
Saohuang mengenakan sut hitam yang mewah. Penampilannya ringkas tetapi ia menyerlahkan keanggunan semulajadinya. Dia kelihatan seolah-olah seperti seorang putera. Ketibaannya seakan-akan menghidupkan restoran yang sederhana ini.
Pandangan Shu Mei tertumpu sepenuhnya pada Saohuang. Wajahnya kemerah-merahan seperti epal yang ranum, kekaguman di matanya tidak dapat disekat.