Xinghe terkejut yang Mubai akan berjanji seperti itu.
'Beritahu saya jika kamu memerlukan apa-apa bantuan dan saya akan melakukan segala yang saya mampu untuk membantu kamu.'
Itulah janji serius yang Mubai berikan.
Xinghe berpaling semula pada komputer kemudian menjawab, "Kalau begitu, saya juga akan melakukan yang terbaik untuk membantu keluarga kamu. Saya yakin, dengan kerjasama kita berdua, kita dapat menangani masalah ini."
"Bagus!" kata Mubai sambil tersenyum. Dia sangat gembira kerana menyedari yang Xinghe mengambil berat tentangnya. Dia telah berusaha keras untuk sampai ke peringkat ini. Akhirnya ada ruang kecil di hati Xinghe buat Mubai...
Kemudian Mubai teringat kembali pada ciuman spontan yang mereka kongsikan. Apabila ia berlaku, reaksi dari Xinghe bukanlah kebencian tetapi kejutan. Jika Xinghe membencikannya, dia tahu Xinghe akan menamparnya atau lebih buruk lagi.