Chereads / Encik CEO, Manjakan Aku 100 Peratus! / Chapter 312 - Seperti Sebuah Jenaka

Chapter 312 - Seperti Sebuah Jenaka

"Saya janji, saya akan membantu agar Empayar Xi tidak menganggu kamu," Xinghe berjanji dengan penuh yakin.

Ye Shen akhirnya berlembut hati. "Tidak kira apapun, kamu perlu bekerjasama dengan saya. Saya tidak mahu mati di sini apabila hari kiamat menjelang."

"Sekiranya kamu boleh hidup sehingga hari itu, saya tidak keberatan untuk bekerjasama dengan kamu. Sudah tentu, perjanjiannya ialah kamu tidak berbohong kepada saya."

Atas sebab-sebab tertentu, Ye Shen percaya semua yang Xinghe katakan walaupun tanpa bukti. Lagipun, apa pilihan lain yang dia ada? Dia harus mengharapkan belas ihsan Xinghe sepenuhnya. Dia memerlukan bantuannya untuk keluar dari situ dan mempersiapkan diri bagi menghadapi hari kiamat dalam lima belas tahun. Dia mungkin papa kedana sewaktu dia keluar dari penjara, tetapi sekurang-kurangnya ia lebih baik daripada meringkuk di dalam penjara.

Tambahan pula…

Dia ada rancangannya sendiri.

This is the end of Part One, download Chereads app to continue:

DOWNLOAD APP FOR FREEVIEW OTHER BOOKS

Related Books

Popular novel hashtag