Walau bagaimanapun, dia menyedari yang sia-sia sahaja dia menyimpan rahsia itu daripadanya. Lambat laun dia akan tahu juga. Jika bukan dari dia mungkin dari orang lain.
"Emak saya, Ayah Yun Ruobing, Ayah Xia Meng, dan salah seorang daripada Ibu Bapa Ee Chen. Buat masa sekarang, ini orang yang saya tahu berkaitan dengan projek itu," Xinghe mengakui.
Mubai tersentak. Dia tidak menjangka Ruobing dan Ee Chen juga terlibat dalam projek misteri ini.
"Apa lagi yang kamu tahu?" Mubai menyusul, "Dan apa yang Emak kamu tinggalkan pada kamu?"
"Sebuah kotak hitam, tetapi ia tidak berguna, atau sebaliknya saya masih tidak tahu apa kegunaannya."
"Jadi kamu mengesyaki mereka yang lain pun diberikan kotak hitam ini juga?" Mubai meneka.
"Betul."
"Saya akan membantu kamu sehingga ke penghujungnya; jangan teragak-agak untuk meminta pertolongan saya jika kamu memerlukannya," Mubai menawarkan.