Ia hanya mengambil masa selama satu malam untuk Xinghe menghancurkan seluruh keluarga Chu.
Persediaan dan perancangannya yang diaturkan dengan sempurna mengagumkan Mubai.
Namun, ia tidak dapat dinafikan yang rancangannya ini merupakan sebuah risiko yang besar.
Syukurlah, Mubai turut sama ikut atau Xinghe akan berakhir dalam keadaan bahaya.
"Saya akan mengendalikan isu ini dengan lebih efisien. Jangan bimbang, mereka tidak akan terlepas dengan mudah. Jadi sekarang, ikut saya pulang ke hospital. Kamu perlu berehat," kata Mubai dengan suara penuh prihatin.
Xinghe melihat ke arahnya dan selepas beberapa perdebatan di dalam fikirannya, dia mengangguk.
"Okey."
Xinghe mencuba untuk berdiri tetapi segera dirangkul ke dalam lengan Mubai!