Dia mempercayai Xinghe begitu sahaja malah dia juga membantu Xinghe untuk menangani keluarga Chu, dengan tidak mengendahkan hubungan di antara keluarga mereka sebelum ini.
Perasaan iri hati mekar di dalam hati Tianxin sehingga air mata buayanya kering. "Kamu percaya segala yang dia katakan‽"
"Betul!" Mubai menjawab tanpa ragu-ragu.
Jawapannya muktamad sehingga Tianxin berasakan jika Xinghe menyuruhnya untuk membunuh dirinya sendiri, dia akan lakukan.
Tianxin dapat berasakan dunianya seakan-akan musnah. Pada awalnya, sewaktu ibu bapanya ditangkap, dia tidak berasa kekecewaan seberat ini.
Tetapi sekarang berat kekecewaan itu telah mencekiknya.
Dia terlepas peluang untuk membunuh Xinghe dan sekarang dia melihat sendiri betapa Mubai mencintai Xia Xinghe… Apa peluang yang dia masih ada?
Dia tidak mungkin dapat berkahwin dengan Mubai dan menjadikan dia miliknya!