"Boleh ke saya memihak kepada kamu walaupun kamu telah cuba mengancam nyawa Xinghe?" Mubai bertanya dengan tegas.
Tangan Tianxin pergi ke mulutnya. Wajahnya dipenuhi dengan rasa kebingungan, trauma, dan pelbagai emosi lain.
'Apa yang Mubai katakan? Bagaimana dia juga tahu…'
Air mata berlinangan di wajah Tianxin. Dia memekik seperti binatang yang tercedera pada Mubai, "Xi Mubai bagaimana kamu boleh menuduh saya dengan perkara seperti itu‽ Masih tidak cukup lagi ke kamu telah mengkhianati cinta saya demi perempuan jalang ini dan sekarang kamu berpihak pada dia untuk menuduh saya? Adakah bertahun-tahun kita bersama tidak bermakna apa-apa buat kamu?"
Mubai tersenyum dan bertanya, "Apa maksud kamu bertahun-tahun bersama? Kita berdua tidak pernah ada hubungan."