"Garisan penamat?" Xinghe mencemuh, "Bagaimana dia boleh sampai ke garisan penamat dengan produk yang rosak?"
Xia Zhi teringat akan hakikat yang produk Ruobing itu sememangnya palsu.
"Tapi bukankah mereka kata mereka sudah berjaya…"
"Betul cakap dia. Jadi kenapa Cik Xia kata produk itu ada kesilapan? Mereka telah mengujinya dan ternyata produk itu elok sahaja." Luo Jun turut berasa keliru.
"Sebab saya yang kata macam itu," Xinghe meyakinkan mereka dengan tegas.
Xia Zhi memberi kepercayaan sepenuhnya pada Xinghe. "Saya percaya pada Kakak. Rekaan Kakak ialah yang asli dan dia punya palsu!"
"Tapi, bahagian mana yang ada kesilapan? Saya sendiri sudah tengok rekaan itu dan memang sangat sempurna…" Luo Jun masih tertanya-tanya.
Xia Zhi menasihatinya, "Jangan banyak bertanya, percayalah pada Kakak saya. Jika dia kata ada kesilapan, memang ada kesilapan. Dia tidak pernah silap sebelum ini."
"..." Nampaknya Luo Jun tidak ada pilihan lain.