"Sekarang cakap, kenapa kamu tolong Yun Ruobing mencuri rekaan saya?" Xinghe menyoal sambil melangkah ke hadapan dan memandang pada Ee Chen.
Ee Chen mendongakkan kepala untuk memandangnya. Dia menuding kepada Xia Zhi dan Xiao Mo, "Saya akan beritahu kamu segalanya selepas kamu mengeluarkan mereka dari bilik ini."
"Nampaknya kamu masih perlu diajar lagi…" Xia Zhi menaikkan tangannya dan bersedia hendak menumbuk lagi tetapi Xia Xinghe menghentikannya dan berkata, "Tunggu saya di luar."
Xia Zhi terkejut, "Kakak, kamu tak boleh bersetuju dengan permintaan dia. Macam mana kalau dia serang kamu selepas kami keluar?"
Xiao Mo turut risau, "Dia betul Cik Xia. Terlalu bahaya membiarkan kamu bersendirian dengan dia."
Xinghe mengelengkan kepala, "Dia tak akan mencederakan saya. Tolong tunggu saya di luar."
"Tapi…"