Luo Jun sedikit terkejut, "Apa maksud Cik Xia?"
"Pergi beritahu Yun Ruobing yang Mubai mahu semua orang membantu saya untuk menyelesaikan teknologi ini. Tanya apa niatnya dengan memegang segala maklumat yang saya perlukan? Dia nak menghalang saya ke?" Xinghe berkata, tidak sedikit pun gentar untuk bermusuh dengan wanita itu.
Dia tidak akan teragak-agak untuk menghapuskan segala ganguan yang menghalangnya!
Luo Jun terkejut dengan tekanan yang dirasakan.
Walau bagaimanapun, ini bukan urusannya. Dia hanya perlu mematuhi arahan.
Luo Jun kembali semula tidak lama selepas dia diarahkan oleh Xinghe.
Dia masih tidak membawa kertas yang diperlukan dan riak wajahnya terpapar kebimbangan ketika dia berkata, "Cik Xia, Ketua Yun masih tidak mahu menyerahkan maklumat itu... Dia kata kalau kamu nak maklumat itu, kamu sendiri kena berjumpa dengan dia... "