Chereads / Encik CEO, Manjakan Aku 100 Peratus! / Chapter 152 - Saya Mahu Hak Penjagaan Anak Saya

Chapter 152 - Saya Mahu Hak Penjagaan Anak Saya

Mereka mendapati ada tumor pada otaknya!

Sebulan sebelum itu, ketika Xinghe terlibat dalam kemalangan kereta, dia telah menjalani imbasan CAT tetapi mereka tidak menemui apa-apa.

Walau bagaimanapun, dalam tempoh sebulan, sesuatu seperti tumor telah tumbuh di dalam otaknya.

Dan ia tidak kecil…

Doktor berkata tumor itu mungkin akan merebak. Jadi, dia dinasihatkan untuk menjalani rawatan kemoterapi secepat mungkin.

Pembedahan merupakan ikhtiar terakhir yang boleh dilakukan kerana tumor itu ditemui pada bahagian yang sulit. Risiko pembedahan terlalu tinggi.

Selain itu, peluang kejayaan untuk mengeluarkan tumor hanya sebanyak lima peratus sahaja.

Kesimpulannya, kemoterapi merupakan pilihan terbaik buat Xinghe walaupun ia bukan jalan penyelesaian yang paling berkesan.

Ia tidak kelihatan baik bagi Xinghe.

Mimpi buruknya mungkin akan menjadi kenyataan… ini bermaksud dia dan Lin Lin akan meninggal dunia.

This is the end of Part One, download Chereads app to continue:

DOWNLOAD APP FOR FREEVIEW OTHER BOOKS