Kali ini, perkataan pucat tidak boleh digunakan lagi untuk mengambarkan wajah Wu Rong.
Wajahnya seperti abu orang mati.
Dia sudah tidak ada sebarang sokongan untuknya.
Jika Xinghe dapat tahu tentang maklumat itu, kebenaran sudah terbongkar.
'Segalanya sudah berakhir!'
Wajah berkedut Wu Rong berubah serta merta. Mulutnya bergerak tetapi tiada kata-kata yang dikeluarkan.
Wushuang melihat reaksi ibunya dan dia mengerti akan hakikatnya.
Ia sudah berakhir buat mereka berdua!
Ibu dan anak itu berdiri tegak. Keangkuhan mereka sebentar tadi sudah hilang, pada waktu ini mereka seperti babi yang sedang menunggu masa untuk disembelih.
"Ibu…" Wushuang meraih lengan ibunya dan berkata dengan suara yang bergetar, "Apa… apa yang patut… kita lakukan sekarang?"
Jadi, begini perasaannya apabila dunia seakan-akan roboh.