Dia berkeras mengatakan yang keputusan itu telah diubah. Dia enggan menerima hakikat yang Sekuriti Internet King Kong lebih teruk daripada Penguris PC X.
"Chui Ming, keputusan sudah jelas dan nyata, kenapa kamu masih nak bertekak?" kata Xiao Mo dengan tegas."Terima sahajalah kekalahan kamu."
Chui Ming menumpukan perhatian padanya, pandangannya cukup dingin.
Xiao Mo tidak gentar malah dia mengembalikan sebuah renungan yang sama dingin.
Kebenciannya terhadap Chui Ming semakin membuak-buak. Sekarang apabila Chui Ming sudah kalah, sudah pasti dia tidak akan melepaskannya dengan mudah.
"Saya tidak sangka CEO Chui merupakan seseorang yang tidak boleh menerima kekalahan, jangan lupa pada janji yang telah kamu buat tadi."
"Betul itu Chui Ming, kami belum lupa dengan pertaruhan kamu. Kamu sudah kalah, jadi minta maaf sahaja. Ataupun kamu nak bertekak untuk terlepas dari meminta maaf."