Kehadiran Xinghe telah menjadi tumpuan seluruh bilik. Dia menatap dengan tajam ke arah Chui Ming yang berada di hujung jarinya.
Tumpuan seluruh bilik tertumpu padanya.
Mereka tertanya-tanya apa yang Xinghe akan lakukan. Walauapapun, mereka tahu dia tidak berada di sana untuk berkawan.
Sangkaan mereka memang betul tentang kehadiran Xinghe untuk membalas dendam tetapi sasarannya adalah Chui Ming seorang!
"Chui Ming! Kamu telah menggunakan pelbagai cara kotor untuk menghancurkan saya tetapi sayangnya pada hari ini, saya, Xia Xinghe, masih berdiri! Jadi, saya nak kamu dengar, mulai dari saat ini dan seterusnya, secara rasminya ini perang antara kita berdua. Saya akan tunjukkan kepada dunia mengapa mereka mengatakan kejahatan selalunya akan berakhir dengan buruk!"
Selepas itu, Xinghe tidak menghiraukan semua yang melihatnya dan mula bekerja di komputer.
Semua orang berharap mereka boleh tenang seperti Xinghe.