Chapter 105 - ET

Chui Ming berpaling untuk berbisik kepada pembantunya, "Bawakan saya maklumat tentang semua syarikat yang mengambil bahagian."

"Baik tuan." Selepas beberapa ketika, pembantunya menghulurkan satu set dokumen.

Chui Ming menyelak dokumen dengan cepat untuk mencari halaman yang tertera 'Pengurus PC X'.

Seperti yang dikatakan oleh CEO Wong, ia sebuah syarikat yang baru didaftarkan, sangat baru dan ia hanya wujud selama kurang dari seminggu!

Wakil perundangannya...

Tangan Chui Ming yang memegang dokumen itu bergetar, dia ingin mengoyak-goyakkan dokumen itu.

Itu nama Xiao Mo!

Perisian ini mempunyai kaitan dengannya!

Mata Chui Ming mencari Xiao Mo di sebalik ruang yang sesak. Tempatnya terpinggir.

Dia yakin Xiao Mo tidak lagi mampu untuk mencipta sebarang perisian yang lebih baik untuk menyaingi Sekuriti Internet King Kong.

Tetapi sekarang...realiti telah membuktikan sebaliknya!

This is the end of Part One, download Chereads app to continue:

DOWNLOAD APP FOR FREEVIEW OTHER BOOKS