Chereads / Encik CEO, Manjakan Aku 100 Peratus! / Chapter 75 - Video Tidak akan Menipu

Chapter 75 - Video Tidak akan Menipu

"Saya sudah tahu dia ada motif tertentu apabila melihat dia berpakaian seperti seorang perempuan murahan hari ini. Cuma saya tidak menjangka dia punya niat yang sejahat ini."

"Kamu betul, mungkin perempuan itu fikir dia masih mempunyai peluang untuk masuk semula ke dalam keluarga Xi."

"Sayang sekali, Tuan CEO Xi telah bertunang dengan seorang wanita cantik iaitu Cik Chu."

"Betul, Cik Chu jauh lebih baik dan lemah lembut berbanding dia…"

Tianxin berdiri di tengah khalayak ramai dan hatinya berbunga gembira.

Dia merenung tajam ke arah Xinghe. Dia sedang meraikan kejayaannya..

"Hei, perempuan jalang! Ke mana perginya lagak sombong kamu tadi?"

Chui Ming ialah seorang lelaki yang sangat berpengaruh. Dia bukan sekadar seorang lelaki biasa. Xinghe sudah boleh dikira bertuah jika dia dapat menyelamatkan separuh daripada nyawanya hari ini!

Mustahil untuk dia bangkit semula dan jangan haraplah dia hendak berkahwin dan menyertai semula Keluarga Xi!

Oleh itu, Xia Xinghe, terimalah takdir bahawa kamu akan sentiasa menjadi orang kelas bawahan, dan saya akan sentiasa lebih baik daripada kamu!

Tianxin berasa teruja. Dia makin bertambah teruja apabila dia melihat ketibaan polis. Hari ini merupakan majlis hari jadi Tuan Muda Keluarga Xi. Jadi, selain daripada pasukan keselamatan biasa, pihak polis juga turut serta untuk memastikan keadaan selamat.

Apabila Chui Ming memanggil polis, beberapa orang pegawai polis terus bergegas datang.

Tidak sampai seminit mereka tiba di bilik utama.

"Apa yang telah terjadi? Siapa yang memanggil polis?" Pegawai polis tiba dan mengeluarkan pertanyaan dengan berkuasa.

"Sayang, perut saya…" Wushuang berkata dengan lemah.

Chui Ming memberi pandangan mengugut kepada Xinghe dan berkata, "Saya yang memanggil polis! Perempuan ini cuba untuk mencederakan isteri saya dan bayi yang dikandungnya. Saya mahu kamu gari dia sekarang dan saya mahukan penyelesaian yang memuaskan daripada pihak polis!

Polis tersebut melihat ke arah Xinghe lalu bertanya "Cik, betul kah apa yang dikatakan oleh Encik Chui?"

Xinghe memandang mereka, suaranya tenang. "Jika betul isterinya dalam kesakitan, dia sepatutnya menghubungi talian kecemasan bukannya memanggil pihak polis."

"Orang saya sudah hubungi ambulans. Xia Xinghe, berdoa lah agar isteri saya tidak tercedera atau saya akan pancung kepala kamu!" Chui Ming memberi amaran. Pandangan tajam di matanya sudah cukup membuatkan pihak polis terdiam.

Reaksi Xinghe langsung tidak berubah, seolah-olah dia tidak gentar dengan amaran Chui Ming.

"Chui Ming, katakanlah jika ini semua hanyalah lakonan semata-mata yang dilakukan oleh isteri kamu untuk menjatuhkan saya. Macam mana kamu mahu membayar ganti rugi atas rasa malu yang saya alami?"

Wushuang berkata dengan bibir yang bergetar, "Kakak, tapi saya tidak…."

"Eh perempuan jalang, berani kamu menuduh isteri saya?!" kemarahan Chui Ming memuncak lalu dia mengarahkan pihak polis dengan tegas, "Apa yang kamu semua tercegat di sini? Tangkap dia sekarang juga! Kalau kamu ada sebarang kemusykilan dengan apa yang terjadi, kita boleh memeriksa rakaman keselamatan. Video tidak akan menipu!"

Video sememangnya tidak akan menipu.

Walau bagaimanapun, rakaman tersebut hanya ada gambar sahaja, tetapi tiada suara.

Xinghe berada dalam keadaan yang tidak dapat dipertahankan lagi.

Kerana takut dengan Chui Ming yang mampu untuk merosakkan kerjaya mereka, pegawai polis itu mengarahkan Xinghe, "Cik, sila ikut kami, atau kami akan bertindak kasar!"

"Bertindak kasar dalam cara apa?" Xinghe memberi balasan dingin.

Dia mencabar pihak polis secara terbuka!

Ketua polis memberikan isyarat dan mengarah, "Tangkap wanita itu!"