Chereads / Encik CEO, Manjakan Aku 100 Peratus! / Chapter 73 - Xia Xinghe Seorang Pembunuh!

Chapter 73 - Xia Xinghe Seorang Pembunuh!

Wushuang melafazkan sambil mengetap giginya, "Tak kira siapa saya, kamu pun lebih kurang dengan saya! Kenapa ayah perlu beri segala yang terbaik hanya pada kamu? Mengapa?"

"Kerana saya ialah anak perempuannya yang sebenar." terang Xinghe. Ia menjelaskan tindakan Wushuang yang tidak munasabah.

"Sebab itu saya bencikan kamu!" Mata Wushuang dipenuhi api kemarahan. Matanya memancar sewaktu dia berkata, "Jangan risau, saya dah ada rancangan untuk musnahkan kamu! Boleh kamu agak apa rancangan saya?"

Berbeza sekali dengan Wushuang, Xinghe tetap tenang sentiasa.

"Tak, saya tidak tahu. Beritahulah saya."

Tanpa disangka Wushuang tiba-tiba bergerak untuk memeluk Xinghe.

Walau bagaimanapun, dia tiba-tiba berhenti lalu memeluk perutnya dan meraung dengan sedih, "Kakak, jangan marahkan saya, ini semua salah saya, tolong maafkan saya."

Sebelum Wushuang sempat menghabiskan kata-katanya, dia menjerit dan rebah ke lantai seolah-olah ditendang dengan keras.

Dia memegang perutnya dalam keadaan terseksa lalu menjerit panik, "Perut saya sakit! Tolong bantu saya! Perut saya sangat sakit!"

Akibat perbuatannya itu, semua mata tetamu tertumpu pada mereka.

Daripada apa yang terjadi, mereka menyangka Xinghe telah menolak Wushuang ke lantai dan mereka semua terkejut.

Jeritan Wushuang yang kuat telah menarik perhatian semakin ramai orang dan tidak lama kemudian, kesemua tetamu di dalam bilik menyaksikan drama yang sedang berlangsung.

Sudah tentulah mereka tidak tahu apa yang berlaku hanyalah sekadar drama. Mereka terbeliak melihat apa yang telah dilakukan oleh Xinghe.

Lakonan Wushuang benar-benar berkesan.

Jeritan kuat Wushuang telah menarik perhatian suaminya juga.

Setelah mendengar suara itu, Chui Ming bergegas sepantas kilat.

Dia melutut ke sisi Wushuang dan bertanya dengan cemas, "Apa yang telah terjadi kepada kamu Wushuang? Siapa yang lakukannya?"

"Siapa yang lakukannya?!"

Tiada orang lain yang berada berhampiran Wushuang kecuali Xia Xinghe.

Wushuang memandang ke arah Xinghe secara curi-curi lalu berkata dengan kelam kabutnya, "Sayang, saya yakin Xinghe tidak sengaja. Tidak apa, kita selesaikannya kemudian. Saya lebih risau.....tentang anak kita..."

Anak?!

Semua yang mendengar terkejut. Jika Xinghe telah menyakiti bayi di dalam kandungan Wushuang itu, dia akan ditahan atas kesalahan jenayah.

Sungguhpun bayi itu masih dalam kandungan, dia tetap mempunyai peluang untuk hidup kemudian hari.

Xinghe boleh dipenjarakan jika disabitkan kesalahan.

Seperti yang dijangka reaksi wajah Chui Ming berubah. Dia merenung sinis ke arah Xinghe, suaranya terketar-ketar sambil berkata, "Kamu tolak isteri saya sebab kamu mahu membunuh anak saya kah?".

"Sayang, saya sudah cakap yang Kakak tak sengaja. Ini semua satu kemalangan sahaja...." Rayu Wushuang kepada suaminya bagi pihak Xinghe.

"Wushuang, kamu tidak perlu pertahankan dia. Dia sudah membuli kamu sejak kamu kecil lagi! Sekarang bila dia tahu kamu mengandung, dia mahu buat kamu keguguran sebab dia tidak mahu melihat kamu bahagia. Dasar perempuan sundal! Seseorang tolong hubungi polis! Saya mahu perempuan yang tak berhati perut ini dihukum serta merta!" Chui Ming menyumpah.

"Sayang..." Wushuang cuba untuk bersuara namun Chui Ming memintas "Sayang, saya tahu kamu seorang yang baik hati. Kamu percaya setiap orang baik tapi perempuan ini mahu membunuh anak kita. Dia telah menunjukkan sikapnya yang sebenar!"

Wushuang terdiam dan memalingkan pandangannya dengan kecewa.

Dia berpura-pura seolah-olah dia ternampak sisi jahat Xinghe yang selama ini tersembunyi dan tidak dapat mempertahankannya lagi.

Lakonan Wushuang ini telah memberikan kesan mendalam kepada semua tetamu yang melihat dan membuatkan mereka semua bersimpati terhadapnya.

Disebabkan itu, rasa kagum mereka terhadap Xinghe pada awalnya telah bertukar menjadi kemarahan.

Related Books

Popular novel hashtag