Chereads / Encik CEO, Manjakan Aku 100 Peratus! / Chapter 70 - Satu-satunya Lelaki di Mata Saya

Chapter 70 - Satu-satunya Lelaki di Mata Saya

Wushuang tidak mengalihkan pandangannya, sebaliknya merenung padanya. Xinghe seolah olah dapat melihat minda perempuan tersebut merancang sesuatu untuk mengenakannya.

Xinghe memberikannya sebuah pandangan yang sinis dan hina.

Wushuang dapat berasakan darahnya mendidih dengan serta-merta!

'Xia Xinghe, kenapa kamu berlagak sangat? Saya boleh mengarahkan orang untuk membunuh kamu sekarang juga jika saya mahu!'

Walaupun Xinghe hadir ke majlis tersebut dengan pakaian yang menawan, Wushuang tidak terkesan sedikit pun kerana dia tahu di sebalik kecantikannya itu hanyalah seorang perempuan murahan.

Dia yakin dia boleh memusnahkan Xinghe semudah memetik jarinya sahaja.

Seperti Wu Rong, Wushuang sudah terbiasa dengan kehidupan yang selesa di mana semua orang sedia untuk melakukan apa yang disuruhnya dan kehidupannya tidak pernah susah.

Oleh itu, dia berasa agak jengkel melihatkan pandangan menghina Xinghe itu.

Jadi, dia harus mencari jalan untuk menghilangkan perasaan bencinya itu.

Sebenarnya Xinghe sedang menunggu Wushuang untuk bertindak dahulu.

Dia tidak akan mengambil apa-apa tindakan jika Wushuang tidak bertindak dahulu. "Jadi, Wushuang, lebih baik kamu tidak mengecewakan saya." Katanya di dalam hati.

Selepas lilin ditiup dan Lin Lin memotong kek, secara rasminya majlis itu bermula.

Mubai memberikan ucapan ringkas sebelum meminta semua tetamu kembali duduk untuk menikmati hidangan.

Mereka akhirnya tidak lagi menjadi perhatian.

Secara serta-merta, senyuman Puan Tua Xi bertukar masam apabila dia merenung ke arah Xinghe.

Dia tidak mahu mencetuskan masalah sebelum ini, kerana ia akan memburukkan imej Keluarga Xi. Tetapi memandangkan perhatian semua orang telah beralih daripada tuan rumah, dia akhirnya boleh meluahkan isi hatinya.

"Xia Xinghe, saya tiada masalah dengan kehadiran kamu ke majlis hari jadi cucu saya, tapi apa tujuan kamu membuat ketibaan dengan penuh gilang gemilang sekali? Kata Puan Tua Xi dengan tegas. Semua orang yang berada di meja, termasuk Mubai terkejut.

Semua orang kecuali Tianxin sebenarnya, kerana dia tahu Puan Tua Xi akan menyasarkan Xinghe.

Tetapi Xinghe turut sama tidak kelihatan terkejut langsung. Air mukanya tenang.

Dari dahulu lagi, perangainya memang begini, sejak dia masih isteri Mubai lagi. Reaksinya terhadap orang lain sentiasa suam-suam kuku sahaja. Dan perangai inilah yang membuatkan Puan Tua Xi berasa benci.

Puan Tua Xi beranggapan yang Xinghe tidak layak menggunakan nama Keluarga Xi. Segalanya yang dilakukan oleh Xinghe hanya sekadar suam-suam kuku sahaja. Di mata Puan Tua Xi, Xinghe tidak akan berjaya dalam hidup dan dia membencinya sejak awal lagi dan perasaan ini masih tidak berubah.

Malah, apbila dia datang ke majlis hari jadi anaknya sendiri, dia tidak bercakap dengan sesiapa pun. Sebaliknya hanya menunggu orang bercakap dengannya.

Xinghe menjawab dengan lembut, "Saya tak faham apa maksud Puan Tua Xi."

Suasana agak tegang di antara kedua-dua wanita ini.

Walaupun Xinghe tidak mengatakan apa-apa yang menyinggung perasaan dan dia bercakap dengan penuh hormat, tekanan darah Puan Tua Xi meningkat mendadak.

"Kamu tidak faham?" tanya Puan Tua Xi dengan sinis, "Jangan ingat saya tidak tahu dengan rancangan kamu. Kamu datang untuk menganggu perkahwinan Mubai yang akan datang. Biar saya beritahu kamu sesuatu, Mubai dan Tianxin akan berkahwin tidak lama lagi. Jadi, kamu jangan menaruh harapan. Kamu bukan lagi sebahagian daripada Keluarga Xi dan tidak akan pernah diterima semula. Jadi, baik kamu jaga perangai kamu. Tak payah nak berlagak macam ratu cantik sangat!"

Rupa-rupanya Puan Tua Xi menyangkakan Xinghe datang dengan begitu cantik sekali untuk menggoda Mubai.

Xinghe hampir ketawa terbahak-bahak.

Dia benar-benar tidak berminat untuk menghidupkan memori lampau.

Xinghe memberikan Mubai pandangan yang tidak berminat seolah-olah memberitahunya, 'Tolong jangan jatuh cinta pada saya, saya tidak punya masa untuk orang seperti kamu.'

Mubai menangkap pandangannya itu dan pandangannya sendiri dipenuhi kemarahan.

'Perempuan ini memandang rendah pada saya.'

'Dia fikir dia terlalu bagus untuk saya?'

Mubai berasa sedikit tersinggung.

Apa yang dikatakan Xinghe seterusnya menepis tuduhan Puan Tua Xi sama sekali.

"Puan Xi, sayangnya kamu sudah tersilap besar. Sejujurnya, hanya ada seorang lelaki sahaja di tempat ini yang menarik perhatian saya, dan dia ialah…. anak lelaki saya."