Chereads / Encik CEO, Manjakan Aku 100 Peratus! / Chapter 92 - Helo, Pembaca

Chapter 92 - Helo, Pembaca

"Macam mana pula dia bukan kakak kamu?" Xiao Mo bertanya kembali.

Xia Zhi memberikan hipotesisnya dengan teruja, sebaik sahaja dia dapat menarik perhatian Xiao Mo, "Kamu pernah dengar tentang kelahiran semula?"

"Kelahiran semula? Contohnya dalam agama?" Xiao Mo, orang yang tidak pernah membaca novel internet, berasa keliru.

"Tidak, kelahiran semula…"

"Zhi, kamu ada tahi lalat di punggung kiri kamu kan? Xinghe mencelah.

Xia Zhi terbatuk-batuk dan menelan semua kata-katanya. Dia berasa malu dan wajahnya berubah kemerahan…

"Kakak, boleh tak kakak jangan dedahkan maklumat tentang saya dengan begitu selamba sekali?" kata Xia Zhi.

Xinghe membalasnya dengan senyuman, "Jadi, saya minta kamu untuk tidak mendedahkan rahsia kelahiran semula saya dengan mudah juga."

"..." Xia Zhi berasa sukar untuknya senyum kembali.

"Jadi, tadi kamu cakap…" gesa Xiao Mo tetapi Xia Zhi memotongnya dengan segera, "Itu sahaja yang saya akan ceritakan tentang kehidupan kakak saya kerana saya menghormati privasinya. Saya tidak akan mendedahkan apa-apa lagi walaupun kamu merayu!"

"Tidak, saya ingin tahu bagaimana Cik Xia boleh tahu tentang tahi lalat di punggung kamu."

"Saudara, itu yang kamu nak fokuskan?" Xia Zhi terkedu. Bagi mengelakkan salah faham, dia tetap menjelaskan, "Punggung saya disengat lebah sewaktu saya berumur tujuh tahun, kamu boleh bayangkan apa yang terjadi seterusnya…"

"Tetapi kenapa lebah itu hanya menyasarkan punggung kamu? Tanya Xiao Mo lagi. Xia Zhi membulatkan matanya, "Macam mana saya nak tahu? Saya nak sambung buat kerja!"

Xinghe menawarkan diri untuk menjawab, "Ha, saya tahu! Saya masih ingat ia kerana Zhi…"

"Kakak!" Xia Zhi menjerit dan memberikan pandangan mengugut kepadanya, dan menambah, "Saya akan bunuh diri kalau kakak cakap lagi."

"..." Xinghe mengedipkan mata beberapa kali sebelum berpusing semula menghadap skrin komputer, dan berkata, "Baiklah, mari kita sambung kerja semula."

Xiao Mo bertegas, "Cik Xia, kamu tidak boleh mengusik kami seperti ini...para penonton sedang menunggu…"

"Kamu seorang sahaja yang menjadi penonton, para pembaca tidak dikira!"

"Sudah tentu, para pembaca tidak dikira! Tanpa mereka, siapalah kita? Kita banyak berhutang pada mereka…"

"Kita harus merahsiakan beberapa perkara ok? Dengan itu barulah mereka akan terus membaca."

"Saya jamin, mereka tidak akan terus membaca jika kamu tidak menghabiskan cerita kamu…"

"Apa yang kamu berdua tercegat di situ? kamu ingat jalan cerita ini akan tertulis dengan sendiri kah?" Xinghe memandang mereka dengan dingin, memaksa Xiao Mo dan Xia Zhi kembali ke tempat kerja masing-masing.

"Bila rancangan kita yang seterusnya akan bermula?" selepas beberapa ketika, Xiao Mo mengangkat kepalanya dan bertanya, dia sudah lebih dari sedia untuk menghancurkan musuh ketatnya.

Xinghe mengalihkan matanya daripada skrin komputer dengan senyuman ingin tahu diwajahnya dia berkata, "Dalam masa satu minggu."

Satu minggu?

Xiao Mo berfikir dan dia tersedar kenapa.

Satu minggu kemudian merupakan Pertandingan Penggodam tahunan Hwa Xia.

Oleh sebab itu, ia juga akan menjadi hari pemeriksaan bagi pihak berkuasa keselamatan komputer yang paling berpengaruh di negara ini.

Kesemua perisian sekuriti akan melalui pemeriksaan, kerana hanya perisian yang lulus dari pemeriksaan itu sahaja akan masuk ke pasaran.

Pakej perisian sekuriti yang berada di tiga tempat teratas biasanya akan memperoleh hasil jualan paling laris pada tahun berikutnya.

Tetapi, keuntungan paling besar untuk pemenangnya.

Selain daripada dijanjikan jumlah jualan yang bagus, Syarikat yang menciptanya juga berpeluang untuk bekerja sama dengan Empayar Xi. Perisian itu akan dimasukkan ke dalam sistem operasi terbaru Empayar Xi.

Malah hampir 70 peratus daripada Hwa Xia menggunakan sistem operasi Empayar Xi.

Jika Empayar Xi sanggup untuk menggunakan perisian sekuriti itu, masa depan syarikatnya akan bertambah cerah kerana produk mereka akan diperkenalkan ke pasaran besar.