Chereads / Encik CEO, Manjakan Aku 100 Peratus! / Chapter 93 - Menuduh Kamu atas Dasar Fitnah

Chapter 93 - Menuduh Kamu atas Dasar Fitnah

Oleh itu, Syarikat Chui akan memberikan segalanya demi untuk memenangi peluang untuk menjadi rakan kongsi bersama Empayar Xi.

Sama juga, Xinghe dan pasukannya akan bekerja keras, bukan untuk menjadi rakan kongsi Empayar Xi, tetapi demi merampas takhta kejuaraan dari Syarikat Chui!

Seminggu berlalu dengan sekelip mata dan ia merupakan hari untuk Pertandingan Pengodam.

Pada pagi itu, apabila Xinghe dan pasukannya bersedia untuk pergi ke pertandingan itu, mereka didatangi oleh beberapa orang polis.

"Adakah kamu Cik Xia Xinghe? Seseorang telah mendakwa kamu atas kesalahan memfitnah, jadi boleh kamu ikut kami ke balai untuk membantu siasatan kami?"

Xia Zhi, merenung mereka dengan mata yang terbeliak dan bertanya, "Fitnah? Adakah kamu tersilap? Kakak saya tidak pernah melakukan perkara sebegitu!"

"Xia Xinghe pernah membuat laporan polis mengatakan kemalangan yang dialaminya dan kematian bapanya berkaitan dengan Wu Rong dan Xia Wushuang. Dia telah mencadangkan perkara yang sama sewaktu di majlis keluarga Xi. Pada mulanya wanita-wanita itu baik hati untuk tidak mempedulikannya. Tetapi, baru-baru ini tuduhan tidak berasas ini telah membuatkan harga saham Syarikat Chui jatuh mendadak, jadi mereka tidak mempunyai pilihan lain selain membuat dakwaan. Jika Cik Xia gagal mengemukakan bukti kukuh, Cik Xia akan diperintah oleh mahkamah untuk membayar sejumlah wang sebagai ganti rugi atas tuduhan tidak berasasnya." kata polis tanpa sebarang emosi, tetapi ia jelas ternyata mereka berpihak pada siapa.

Xinghe berasa ingin ketawa selepas anggota polis itu selesai berkata-kata.

Wushuang dan rakan-rakannya memang jahat sejahatnya. Mereka tidak boleh menewaskan Xinghe dengan cara adil, oleh itu mereka menyerang dengan tindakan undang-undang yang tidak masuk akal ini.

Tetapi dia terpaksa mengakui ia memang kesilapan dan kecuaiannya yang membolehkan mereka untuk menangkapnya.

Saman fitnah boleh mendatangkan pelbagai kesan buruk, daripada sesi pengadilan yang sengit ataupun jutaan RMB yang harus dibayar sebagai ganti rugi.

Walaubagaimanapun, kebanyakan kes boleh diselesaikan diluar mahkamah..melainkan jika ia melibatkan kerugian kewangan yang besar.

Kebelakangan ini Syarikat Chui mengalami sedikit pergolakan sejak majlis itu kerana sesetengah pemegang saham dan pelanggan mula curiga dengan sikap bos mereka...

Sayangnya, dia tidak menyangka Chui Ming akan menyerangnya secara senyap dan mengenakan dia pada hari itu!

Dia tidak tahu Xinghe akan menyertai Pertandingan Penggodam itu tetapi hakikatnya dia tidak mahu menunggu sehingga segalanya selesai untuk menunjukkan betapa dia ingin melihat Xinghe mati.

Perkongsian Syarikat Chui dan Empayar Xi akan termeterai pada hari itu atau paling tidak pun, mereka yakin ia tetap akan berlaku.

Oleh itu, mereka sengaja memfailkan tuntutan mahkamah pada hari itu kerana pertama, mereka takut Xinghe akan muncul dan menyertai persaingan. Kedua, pasti lebih baik jika perkara yang bagus datang serentak.

Mereka akan dapat memeterai perkongsian dan membalas dendam terhadap Xinghe serentak, mereka pasti tidak akan melepaskan peluang sebaik ini.

Tambahan pula, jika mereka mendakwa Xinghe selepas perkongsian itu ditandatangani, ia akan kelihatan seperti mereka membuli Xinghe dan itu akan merosakkan reputasi mereka.

Sejujurnya, dakwaan mereka terhadapnya bukan apa-apa buat Xinghe, dia sudah menjangkakannya. Malah, dia mempunyai bukti untuk membuktikan tuduhannya.

Walau bagaimanapun, masih terlalu awal untuk ditunjukkan ...

Bukti itu hanya boleh menjatuhkan Wu Rong tetapi bukan Chui Ming dan Wushuang. Menunjukkan strateginya terlalu awal akan memberi mereka kelebihan untuk mengatasi Xinghe.

Jika ini hari biasa, Xinghe akan duduk untuk merangka serangan balas tetapi pada hari ini dia terpaksa juga menghadiri Pertandingan Penggodam...

Perisian mereka telah lulus ujian dalaman jadi sudah tiba masanya untuk memasuki pertandingan dan mendapat tempat pertama.

Tetapi tanpa dia, sebagai pengaturcara utama, bagaimanakah mereka hendak menang?

Fikiran yang sama terlintas di minda Xia Zhi. Dia berkata dengan marah, "Ini tidak masuk akal, kakak saya tidak memfitnah mereka! Sebenarnya..."

"Zhi!" Xinghe memotongnya dan berkata dengan tenang, "Kamu masuk pertandingan dengan Xiao Mo, saya akan ikut mereka ke balai polis."

"Kakak!" Xia Zhi merayu, "Kakak tidak boleh ikut mereka, kami tidak boleh melakukannya tanpa kakak!"