"Pasukan ini sebenarnya pertunjukan seorang wanita sahaja. Kamu dan adik saya berada di sini untuk membantu saya dengan kerja remeh sahaja."
"Cik Xia-" Xiao Mo sudah hilang sabar, dia menyoal dengan tegas,"Kamu tahu kah tentang pengaturcaraan? Saya pasti yang kamu tidak tahu kerana kamu sangat naif untuk berfikir yang perisian pengurusan PC boleh direka dalam tempoh lima hari sahaja, tanpa bantuan orang lain. Kamu tahu berapa banyak masa yang kita perlu untuk mencipta hanya satu perisian anti virus yang mudah? Walaupun dengan pasukan yang berdedikasi pun, ia akan mengambil masa berbulan-bulan. Pengaturcaraan bukan benda yang mudah, jadi boleh kamu berhenti dari memperbodohkan diri kamu?
Xia Zhi tiba-tiba ketawa terbahak-bahak. Xiao Mo memandangnya, riak wajahnya muram.
Dia tidak tahu apa yang diketawakan oleh Xia Zhi. Tetapi, dia berasa Xia Zhi sedang mentertawakannya.
'Ada yang tidak kena kah dengan mental dua beradik ini?'
Xiao Mo terfikir…
"Cukup," kata Xinghe dan dia pun terdiam.
Dia berpusing ke arah Xiao Mo, "Tidak kira apa pun yang kamu percaya, tugas kamu buat lima hari yang akan datang ialah untuk fokus menyelesaikan tugasan yang akan saya berikan. Kamu boleh sambung ceramah kamu selepas lima hari berlalu."
"Tetapi…."
"Abang Xiao," Xia Zhi mencelah, dia menudingkan jari ke arah kepalanya dan berkata. "Jangan buang masa kamu berdebat dengan kakak saya. Dia memiliki anugerah tersendiri dalam bidang ini."
Benar sekali, dia juga berasa ada sesuatu yang tidak kena dengan otak Xinghe!
Mungkin Xinghe mengalami kerosakan mental, sebab itu dia boleh membuat rancangan gila seperti yang dia katakan tadi.
Xia Zhi pasti bergurau dengannya.
Pada akhirnya, Xiao Mo membuat keputusan untuk berkerjasama selama beberapa hari kerana Xinghe telah membantunya. Dia akan tersedar sendiri selepas rancangannya gagal.
Antara sifat baik Xiao Mo ialah untuk mengelakkan diri daripada terlalu fokus terhadap sesuatu perkara. Dia mempunyai cara yang mudah dalam mengendalikan kehidupannya.
Ini merupakan kualiti yang dikagumi oleh Xinghe.
Walaupun Xiao Mo hanya sekadar memuaskan hati Xinghe sahaja, dia tidak melakukan tugasannya dengan carca merba.
Dia telah berjanji kepada Xinghe dia akan membantunya dengan sedaya upaya jadi itulah yang akan dia lakukan. Walaupun dia percaya seluruh perancangan itu dibuat secara gurauan sahaja.
Dia mendiamkan diri dan sambung bekerja. Dia akan membiarkan realiti menyatakan segalanya, membuktikan kepada Xinghe rancangannya tidak masuk akal dan pasti akan gagal!
Walau bagaimanapun…..dia akan sedar betapa silapnya dia!
Selepas sehari bekerja bersama Xinghe di dalam bilik kerja, Xiao Mo benar-benar kagum akan kehebatan pengaturcaraan Xinghe.
Dia boleh menggunakan sepuluh komputer secara serentak, setiap satunya mengkod program yang berbeza.
Perkara yang paling menakutkan ialah dia tidak melakukan kesalahan langsung. Dia bergerak dari satu ke satu komputer seakan-akan rama-rama, tetapi seorang yang mempunyai ilmu komputer yang teramat dahsyat. Keefisienan dan kejituannya jauh lebih hebat daripada mesin yang bertugas khas untuk mengkod.
Dia sangat hebat sehingga dia boleh tahu bila setiap program akan tamat percubaan.
"Zhi, No. 3 sudah sedia, pergi tengok," Dia boleh menjerit sambil mengerjakan Komputer No. 7.
"Ok!" Xia Zhi bergegas menuju ke Komputer No. 3 dan Xinghe memang betul.
Xiao Mo melihat dengan kagum ke arah Xinghe, seolah-olah dia sedang melihat seekor raksasa.
Xia Zhi berjalan melepasinya dan berkata, "Abang Xiao, bukankah saya sudah beritahu kamu? Otak kakak saya memang berbeza dengan manusia biasa."
Mulut Xiao Mo berkedut sedikit.
Berbeza dengan manusia biasa? Tidak, ini melebihi kemampuan manusia!
"Kamu pasti kah kakak kamu bukan makhluk asing yang menyamar?" Xiao Mo bertanya dengan penuh curiga.
Xia Zhi merendahkan suaranya dan berkata, "sebenarnya, saya selalu tertanya adakah dia memang kakak saya…"