Chereads / Encik CEO, Manjakan Aku 100 Peratus! / Chapter 49 - Ditinjau Oleh Xi Mubai

Chapter 49 - Ditinjau Oleh Xi Mubai

Motif Mubai meletakkan cabaran itu adalah untuk menarik 001 ke dalam syarikatnya.

Dia memang ada kesangsian mengenai kepintaran 001. Tapi dia percaya bahawa 001 sangat berbakat. Dia tidak mahu bakat itu disia-siakan.

Dengan nama Empayar Xi, Mubai pasti 001 akan menerima tawarannya.

Mubai menunggu jawapan ya dari 001 dengan yakin.

Dia terkejut apabila 001 menolaknya bulat-bulat.

"Tidak berminat!" itu balasannya. Lalu 001 meninggalkan perbualan itu dan membersihkan jejak digitalnya.

Mubai cuba menjejak 001 tapi tidak berjaya.

Sambil merenung balasan 'Tidak berminat' yang terpapar di skrinnya, mulut Mubai terherot dengan kejengkelan.

Adakah namanya begitu teruk sehinggakan dia menerima begitu banyak tolakan kebelakangan ini?

Namun, dia terkejut dengan kemampuan 001 ini. Mubai cuba mengesan identiti 001 ketika mereka masih berada dalam perbualan pendek itu tapi dia tidak memperolehi sebarang hasil.

001 ini mungkin benar-benar seorang genius melihat pada kemampuannya menyekat semua jalan Mubai.

Tambahan lagi, 001 mempunyai keberanian seorang pakar kerana menolak tawarannya walaupun 001 sudah tahu siapa Mubai.

Orang yang benar-benar genius sentiasa ada perangai aneh.

Selepas episod pendek ini, Mubai semakin tertarik terhadap 001…

Setelah Xinghe log keluar dari perbualan itu, wajahnya muram.

Dia tidak mengharapkan perhatian Xi Mubai yang tidak diingini.

Dia mengingatkan dirinya sendiri untuk lebih berhati-hati kerana dia tidak mahu mempunyai apa-apa kaitan lagi dengan Mubai. Siapa tahu Mubai mungkin menggunakan banyak cara lagi untuk mencarinya.

Nampaknya mencari pendapatan di forum itu bukan lagi idea yang baik.

Xinghe tidak merasakan yang dia sudah tewas. Jika tiada nasib hari ini, esok boleh cuba lagi.

Tanpa dia sedari, satu kejadian yang akan mengundang kemarahannya sudah menunggunya pada keesokan hari.

Selepas berpindah ke vila, angin Xia Zhi menjadi sangat baik. Hari itu, dia ingin membuat masakan yang disediakan di rumah untuk keluarganya. Jadi, dia keluar ke pasar pada awal pagi.

Dia sepatutnya balik sebelum sarapan.

Xinghe sudah menyediakan sarapan. Makanan Xia Zhi hanya terbiar hingga sejuk.

Sudah hampir tengah hari dan Xia Zhi masih belum pulang.

Chengwu berkata dengan tidak sedap hati, "Kenapa Xia Zhi masih belum pulang dari pasar?"

"Biar saya telefon dia dan tanya." Xinghe balas untuk menenangkan pak ciknya. Xinghe membuat panggilan kepada Xia Zhi dan dijawab selepas beberapa deringan.

Suara Xia Zhi yang tertahan-tahan kedengaran. "Ya kakak. Kenapa telefon saya?"

Xinghe terlalu kenal dengan perangai Xia Zhi. Dia tahu ada sesuatu yang tidak kena apabila dia mendengar keceriaan yang dibuat-buat dalam suara Xia Zhi.

"Kamu di mana? Kenapa belum pulang dari pasar?"

"Oh ya, saya lupa beritahu yang pensyarah saya telefon saya tadi. Dia hendak berjumpa dengan saya di sekolah. Apapun, saya masih ada benda yang perlu dibuat. Jadi kakak tidak perlu tunggu saya." Xinghe boleh merasa keceriaan palsu pada suara Xia Zhi. Dia tidak percaya sepatah pun yang dikatakannya tadi.

"Kamu di mana?" Xinghe terus bertanya, mencabarnya untuk berbohong.

Xia Zhi membalas lemah, "Di pagar halaman perumahan..."

"Baiklah." Xinghe meletakkan telefon dan memberitahu pak ciknya. "Pakcik, Zhi ada di sekolah berkenaan pengajiannya dan dia pesan tak perlu tunggu dia. Saya akan pergi belikan makanan. Pak cik nak apa?"

Chengwu yang jujur itu tidak tahu Xinghe sedang berbohong. Dia membalas, "Saya makan apa saja yang kamu beli."

"Baiklah. Pak cik rehat dulu. Saya akan panggil pak cik bila saya pulang."

"Baiklah, hati-hati. Jangan beli banyak sangat. Cuma kita berdua sahaja yang makan. Tak perlu bebankan diri kamu dengan mengangkat banyak barang…"

Latest chapters

Related Books

Popular novel hashtag