Chereads / Encik CEO, Manjakan Aku 100 Peratus! / Chapter 50 - Xia Zhi Menjadi Sasaran

Chapter 50 - Xia Zhi Menjadi Sasaran

Kawasan perumahan mereka itu agak besar. Xinghe berjalan agak jauh sebelum dia akhirnya menemui Xia Zhi di bawah teduhan pokok bersebelahan dengan pagar.

Dia duduk termenung di atas kerusi besi. Kepalanya tertunduk dan bajunya koyak rabak.

Ximghe mendekati dan memanggilnya.

Mendengarkan suara itu, Xia Zhi mengangkat kepalanya. Xinghe dapat melihat luka dan lebam yang memenuhi muka Xia Zhi.

"Kak…" Xia Zhi tunduk semula. Dia malu kakaknya melihat dia dalam keadaan begitu.

Xinghe muram lalu mengangkat dagu Xia Zhi. Kemarahan jelas kelihatan di matanya ketika dia melihat luka pada muka Xia Zhi. "Sapa yang lakukan ini?"

Xia Zhi nampak kemarahan itu lalu memaksa dirinya tersenyum. "Kak, saya tak apa-apa. Ini cuma luka kecil. Cuma nampak teruk…"

"Saya tanya, siapa yang lakukan ini?" Xinghe memintasnya. Matanya bersinar dengan dendam yang membara.

Xinghe mungkin selalu menyendiri dan tidak mudah dirapati. Tetapi, kemarahannya akan menjelma apabila ada yang melintasi batasnya.

Batasnya jelas sekali, jangan sakiti orang yang disayanginya.

Memang tidak ramai orang yang dia sayang. Tetapi pak ciknya dan Xia Zhi sudah tentulah termasuk dalam kelompok kecil itu!

Xia Zhi seorang budak yang baik dan penyayang. Dia adik yang baik bagi Xinghe. Sewaktu Xinghe merawat badannya yang dibelasah itu, Xinghe dapat merasakan bahang kemarahan mula mengawal kepalanya.

Dia tidak akan memaafkan pihak yang telah membelasah Xia Zhi itu.

"Bagitahu saya. Siapa yang lakukan ini?" Xinghe mengulang soalannya dengan tidak sabar.

Xia Zhi membalas dengan kekecewaan. "Tak tahu… Ketika saya balik dari pasar, dua lelaki datang dari hadapan dan sengaja melanggar saya. Saya sudah meminta maaf walaupun bukan salah saya. Mereka kata mereka perlu mengajar saya kerana kurang ajar melanggar orang sembarangan… Kak, maafkan saya. Saya sangat tak berguna… Saya cuba melawan tapi saya tak cukup kuat. Lagipun mereka berdua… Saya minta maaf tapi saya tidak kenal mereka siapa…"

Bayangan Xia Zhi di belasah dua orang itu terpapar di minda Xinghe dan itu menaikkan lagi kemarahannya.

Dia dapat merasakan kesakitan dan kemarahan dalam hatinya.

Dia akan buat apa sahaja untuk menghancurkan dua orang lelaki itu.

Tapi dia cuba untuk bertenang. Dia perlu mencari mereka terlebih dahulu.

"Di mana tu?" Xinghe bertanya.

"Beberapa meter di bawah sana…"

"Jom, ikut saya ke hospital." kata Xinghe sambil mengangkatnya berdiri.

Xia Zhi cuba berdiri dengan bantuan Xinghe tapi dia merasa lemah tiba-tiba dan terduduk semula.

Dia menjadi pucat dan memaksa dirinya berkata, "Tunggu sekejap. Saya perlu mengambil nafas."

Xinghe melihat fokus mata Xia Zhi tidak menentu. Kegusaran mula timbul dalam hatinya.

"Tunggu di sini!" Xinghe berlari dan meminta bantuan pengawal keselamatan. Mereka kemudiannya membawa Xia Zhi ke hospital.

Keadaan Xia Zhi rupanya lebih teruk. Dia mengalami pendarahan dalaman. Dia bertahan sepanjang perjalanan dan terus pengsan sebaik sahaja mereka tiba di hospital.

Kata doktor, keadaannya boleh mengundang maut jika mereka terlambat sedikit.

Mendengarkan kata-kata doktor itu, Xinghe semakin marah kerana Xia Zhi tidak menyayangi badannya sendiri. Dia patut meminta pertolongan sebaik sahaja kejadian itu berlaku.

Namun, sekarang bukan masa untuk memarahi Xia Zhi. Xinghe menujukan kemarahannya pada dua orang lelaki itu.

Xinghe mengucapkan terima kasih kepada pengawal keselamatan atas bantuan mereka. Mereka ialah pengawal keselamatan yang sama yang membantunya menghalau Wu Rong.

Related Books

Popular novel hashtag