Chereads / Encik CEO, Manjakan Aku 100 Peratus! / Chapter 21 - Mana Nak Dapatkan 300 000 RMB?

Chapter 21 - Mana Nak Dapatkan 300 000 RMB?

"Jumlah keseluruhan kos adalah lebih kurang 300,000 RMB."

"300,000!?" Xia Zhi tidak dapat mengawal fikirannya lagi.

Walaupun sekiranya mereka menjual semua benda yang mereka miliki sekarang, jumlahnya tidak akan sampai 5,000 RMB.Mereka telah hidup dengan peruntukan 2,000 RMB sebulan. Jadi 300,000 RMB adalah jumlah yang tak dapat Xia Zhi bayangkan.

Bagaimana pun, dia tahu ayahnya dalam keadaan kritikal. Dia sendiri telah melihat keadaan ayahnya yang semakin teruk sepanjang dua tahun ini. Walaupun sentiasa dibayangi ketakutan, dia tahu hari seperti ini akan tiba.

Tambahan lagi, pemindahan buah pinggang hampir mustahil untuk diperolehi. Jadi adanya kekosongan walaupun dalam notis yang pendek cuma wujud dalam kisah dongeng. Dalam kata lain, peluang seperti tidak akan datang dua kali.

Tapi, dari mana harus dia dapatkan 300,000 RMB?

Xia Zhi mendapat satu idea dan dia memberitahu doktor, "Doktor, boleh tak simpan tawaran ini untuk kami? Kami akan beri jawapan selepas kami berbincang."

Doktor itu mengangguk. "Tentu saja, tapi kalau kamu nak jalankan pembedahan, sila bayar bil hospital dan bil pembedahan di kaunter pembayaran. Saya bukan hendak menggesa kamu tapi kamu patut tahu peluang seperti ini tidak selalu datang."

"Terima kasih, doktor. Kami akan memberitahu kamu secepat mungkin." Xia Zhi berkata sambil terangguk-angguk. Setelah doktor meninggalkan mereka, Xia Zhi berkata kepada Xinghe, "Kak, kita tak boleh lepaskan peluang ini, memandangkan senior dah janjikan saya pekerjaan di syarikatnya, saya akan menandatangani kontrak kerja seumur hidup untuk pinjaman segera."

Xinghe duduk diam melihat Chengwu yang tidak sedarkan diri.

Apabila Xia Zhi memanggilnya, dia memandang Xia Zhi. "Berapa banyak lagi duit yang kita ada?"

Xia Zhi membalas, "Tak banyak, selepas membayar bil hospital, cuma tinggal 50 RMB sahaja."

"Berikan pada saya," Xinghe berkata sambil menghulurkan tangannya.

Xia Zhi terperanjat tapi tetap memberikan wang itu kepadanya.

"Berikan nombor akaun kamu juga." Xinghe menambah.

Akhirnya Xia Zhi bertanya, "Kakak nak buat apa ni?"

"Saya harus ke luar dan buat sesuatu. Kalau kamu terima mesej daripada bank mengatakan pemindahan masuk duit, kamu luluskan pemindahan itu." jelas Xinghe.

Xia Zhi terus terperanjat. Dia cuba menghalang Xinghe. "Apa yang kakak nak buat? Jangan buat sesuatu yang gila. Sumpah saya mampu cari duit untuk kita, senior saya kaya dan sudah lama menjaga saya, saya pasti dia akan dapat tunaikan permintaan saya."

"Kamu terlalu risau, saya takkan buat sesuatu yang haram. Bagi nombor akaun kamu, kita sudah kesuntukan masa," Xinghe cuba tenangkan Xia Zhi.

Xia Zhi masih ragu-ragu tapi dia juga percaya yang kakaknya tidak akan berbuat sesuatu yang akan dikesali nanti lalu memberikan nombor akaunnya.

Sebelum Xinghe pergi, Xia Zhi cuba menyelidik. "Apa yang kakak nak buat ni? Jenayah siber itu berat."

Xinghe meninggalkannya dengan senyuman. "Zhi, saya boleh sarankan kamu apa yang kamu risaukan itu takkan terjadi. Jangan lupa untuk luluskan pemindahan nanti."

Xia Zhi tidak dapat meneka macam mana Xinghe hendak mendapatkan 300,000 RMB dalam masa yang singkat ini. Kebolehan mengatur caranya sememangnya luar biasa tapi itu tidak mampu untuk membantunya mendapatkan nilai wang yang begitu besar dengan masa mereka yang terhad ini.

Lagipun, jika pekerjaan itu begitu menguntungkan, semua orang akan menjadi pengatur cara.

Seperti juga pekerjaan lain, gajinya tidak diperoleh dengan cepat.

Bagaimanapun, Xia Zhi tiada pilihan selain yakin pada kakaknya.

Fikiran Xinghe yang teratur mengekalkan kewarasannya selama dia mundar mandir dalam hospital sambil melambung-lambung telefonnya yang ketinggalan zaman.