Selepas meninggalkan hospital, Xinghe berjalan ke kafe internet. Dia menggunakan sisa wang yang dia ada untuk menyewa satu ruangan untuk selama yang mungkin. Selain daripada membaca, Xinghe meluangkan masanya di hospital mencari cara untuk mendapatkan wang.
Di era atas talian, sudah ada pelbagai cara untuk menjana pendapatan.
Contohnya, syarikat atas talian menawarkan ganjaran bagi penggodam yang dapat mengetahui kelemahan dalam sistem keselamatan mereka.
Penggodam itu dibayar mengikut saiz kelemahan yang ditemui.
Bukan setakat itu, sebahagian organisasi perniagaan akan mengadakan pertandingan penggodam dalam acara tertentu.
Dengan itu, Xinghe menemui cara untuk memanfaatkan bakatnya bagi menjana pendapatan. Pada awalnya dia ingin mencuba cara itu satu per satu tetapi keadaan genting mereka memaksa dia!
Ia mungkin akan menyebabkan kekalutan, tetapi dia tidak lagi peduli.
Dia perlu mendapatkan 300,000 RMB dalam satu malam.
Dia sangat yakin dia boleh mencapainya tapi mungkin akan memberi tekanan yang tinggi pada kesihatan mentalnya.
Dia tidaklah begitu bersungguh-sungguh mahu melakukan perkara itu, tetapi dia sudah tidak ada pilihan lain.
Kafe internet yang Xinghe sewa itu agak mahal tapi mempunyai kemudahan yang Xinghe percaya tidak akan mengecewakannya.
Tambahan lagi, tempat itu menyediakan perkhidmatan bilik tertutup jadi Xinghe tidak akan diganggu oleh sesiapa.
Apabila skrin komputer menyala, Xinghe meneguk segelas air dan menyelam ke dunia IT yang dulunya rapat dengannya.
"Ding!" Itu bunyi memberitahu penggunanya mesej baru masuk.
Xia Zhi terus membuka telefonnya. Mesej itu dari bank.
Ada pemindahan masuk bernilai 5,000 RMB!
Xinghe baru sahaja pergi tidak sampai 30 minit dan 5,000 RMB sudah masuk ke dalam akaunnya.
Xia Zhi dipenuhi rasa teruja dan ingin tahu. Apakah yang dibuat oleh kakaknya sehingga wang masuk begitu cepat.
Perasaan Xia Zhi bercampur-campur antara resah dan lega.
Dia meluangkan jam-jam yang seterusnya merenung telefonnya, bimbang sekiranya dia ketinggalan mesej.
Tidak sampai 30 minit, satu lagi mesej masuk memberitahu dia yang duit masuk lagi.
Selepas itu, setiap 30 minit atau sejam akaunnya akan menerima pemindahan.
Jumlahnya di antara ribu dan puluh ribu.
Xia Zhi semakin bersemangat.
Jumlah duit di dalam akaunnya perlahan-lahan bertambah.
Sebaik sahaja jumlah yang diperlukan telah mencukupi, Xia Zhi terus bergegas menguruskan bayaran pembedahan. Misi Xinghe malam itu bermula dengan baik. Bagaimanapun, Xia Zhi semakin bimbang akan keadaan Xinghe kerana dia tidak menerima sebarang khabar daripadanya.
Sebahagian daripada dirinya bimbang jika Xinghe terlibat dengan perkara yang tidak elok. Apa yang ada cuma janji lisan yang dia tidak akan melakukan perkara bodoh dan Xia Zhi berpegang pada janji itu seolah-olah itu adalah talian hidupnya.
Selama Xinghe di luar mendapatkan wang, Xia Zhi tidak berdiam diri. Dia bertarung dengan caranya sendiri, bersorak memberi semangat kepada Xinghe walaupun jasad mereka jauh terpisah.
Xia Zhi mematikan bunyi mesej telefonnya kerana dia percaya Xinghe akan mencapai hajatnya.
Gelora hati Xia Zhi tadi kini bertukar menjadi ketenangan yang lahir daripada kepercayaan.