Chereads / Perceraian Ke-99 / Chapter 98 - Lagu Kamu

Chapter 98 - Lagu Kamu

Telefon Li Sicheng tiba-tiba berdering, dan menyebabkan Su Qianci tersedar semula ke alam realiti. Wajah Su Qianci basah dengan air mata. Dia menoleh ke belakang dan mata mereka bertentangan. Mata lelaki itu dingin seperti biasa, tetapi kali ini ia kelihatan seperti menyembunyikan suatu emosi. Dia kelihatan tertarik dengan alunan piano Su Qianci.

Hati Su Qianci tiba-tiba berdegup laju. Dia dengan pantas mengalihkan pandangannya. Sejak bila lelaki ini ada di situ? Dia langsung tidak menyedarinya.

Li Sicheng melihat ke arah tangan Su Qianci yang diletakkan di atas papan kekunci piano itu.

Su Qianci segera berdiri sambil menyapu air matanya dan berundur jauh dari piano itu.

"Saya ingat…"

'Saya ingat kamu tiada di sini, jadi saya ingin mencubanya secara rahsia.'

Kata-kata itu hanya terluah dalam fikiran Su Qianci. Tangannya menggenggam erat baju putih yang dipakainya. Dia menundukkan kepala dengan rasa gementar.

"Bila kamu belajar main piano?" Li Sicheng bertanya dengan suaranya yang dalam. Itu merupakan kali pertama dia bercakap dengan Su Qianci sejak dia keluar dari hospital.

Su Qianci mengangkat mukanya kembali, lalu jantungnya berdegup lebih kencang sebaik memandang wajah lelaki itu. Sebaliknya Li Sicheng tidak menunjukkan sebarang emosi seperti biasa. Sukar untuk meneka apa yang difikirkan oleh lelaki itu.

"Saya…"

"Lagu itu…" Su Qianci baru sahaja mahu menerangkan bagaimana dia mula mempelajari piano, ketika Li Sicheng tiba-tiba bersuara. Su Qianci melihat ke arahnya dengan keliru. Li Sicheng mematikan deringan telefonnya dan duduk di hadapan piano. "Boleh tahan juga."

Su Qianci berasa bingung dan wajahnya bertukar kemerahan. Dia tidak dapat mengelak dari berasa gembira, seolah-olah sedang berada di puncak dunia. Lelaki itu sedang memujinya?

Li Sicheng tidak menyedari reaksi Su Qianci. Dia merenung piano di hadapannya, dan jarinya mula menari di atas papan kekunci tersebut. Alunan lagu yang dikenalinya menyebabkan Su Qianci terkejut. Dia sedang memainkan lagunya tadi? Tetapi Su Qianci baru sahaja memainkannya sekali, dan dia sudah berjaya mempelajarinya?

Li Sicheng hanya mengingati sebahagian daripada lagu tersebut jadi dia berhenti bermain dan bertanya, "Apa tajuk lagu ini?"

"Elegi."

"Saya suka lagu kamu."

Mendengar perkataan itu, jantung Su Qianci seperti mahu tercabut. Dia membuka mulutnya untuk mengatakan sesuatu, tetapi telefon Li Sicheng berdering sekali lagi. Su Qianci dapat melihat nama yang terpapar pada skrin telefon itu.

Tang Mengying.

Degupan jantungnya kembali perlahan dan Su Qianci mengenggam tangannya.

Dia lupa tentang Tang Mengying.

Tang Mengying yang selalu hadir di antara mereka. Ketika melihat Li Sicheng menjawab panggilan itu sambil berlalu pergi, Su Qianci merasakan seperti sesuatu sedang bergerak pergi dari hatinya…

Related Books

Popular novel hashtag