Selepas melukis dua watak utama, Yu Lili berfikir seketika sebelum menghantar gambar lukisan itu kepada penyunting Sissi. Sissi segera membalas mesejnya.
[Sissi]: !!!
[Sissi]: Kamu yang lukis ini sendiri?
[YuuuuuLi]: Ya, saya baru siapkan lukisan-lukisan ini
[Sissi]: Kamu hebat! Selepas lihat lukisan kamu, saya rasa tak percaya yang kamu tak pernah belajar melukis sebelum ini
[YuuuuuLi]: Saya baca banyak komik semalam
[Sissi]: Kamu memang berbakat, saya kagum dengan kamu. Watak hero sangat kacak dan seperti pernah saya lihat.
[YuuuuuLi]: Sumpah saya tak plagiat, mereka memang lukisan saya sendiri
[Sissi]: Kamu lukis dengan merujuk prototaip?
[YuuuuuLi]: Ya, prototaip itu kawan-kawan saya, saya dah dapatkan keizinan mereka
Tidak juga sebenarnya!
Tetapi Ou Ming pasti tidak kisah, jadi saya tidak bimbang dengannya.
[Sissi]: Okey. Kamu mahu mereka sendiri atau kamu perlukan skrip daripada kami? Kalau kamu pilih untuk reka dan lukis sendiri komik, kami tak dapat jamin gaji pokok untuk kamu, disebabkan ia bergantung sepenuhnya kepada bilangan pembaca yang kamu dapat tarik
[YuuuuuLi]: Jadi bagaimana gaji ditentukan?
[Sissi]: Berdasarkan jumlah pelawat halaman. Jika komik kamu mendapat ramai pelawat, gaji kamu pasti tinggi. Kamu dah pilih untuk lukis komik sendiri? Kamu dah ada gambaran kasar?
[YuuuuuLi]: Belum
[Sissi]: Kamu perlu tulis draf jalan cerita. Boleh kamu hantar satu episode setiap minggu?
[YuuuuuLi]: Boleh
[Sissi]: Sekarang cipta satu nama samaran
[YuuuuuLi]: Li Xiaoyu.
Selepas berbincang tentang kandungan kontrak bersama Sissi, akhirnya Yu Lili menandatangani kontrak itu.
Ketika dia mendapat kontrak itu, di luar sudah mula gelap.
Yu Lili terkejut dan melihat jam. Sudah pukul 6.30 petang.
"Oh Tuhan!" Yu Lili menepuk dahinya lalu bangun dari kerusi. Apabila membuka pintu bilik kerja itu, dia melihat Ou Ming baru pulang.
Yu Lili tersenyum janggal dan berkata, "Saya terlalu asyik melukis sehingga tak sedar masa, jadi saya lupa untuk memasak."
Ou Ming menarik tangan Yu Lili dan berkata, "Tak apa. Jom kita keluar makan. Kamu nak makan apa?" Kemudian dia teringat sesuatu lalu bertanya, "Kamu dah rebus ubat itu?"
Yu Lili telah terlupa sepenuhnya tentang itu. Dia menggeleng dengan perasaan bersalah. "Belum…"
"Kamu memang cuai. Kamu boleh lupakan perkara lain, tapi mana boleh kamu lupa untuk rebus ubat itu?" kata Ou Ming sambil berjalan ke ruang tamu dan melihat ubat yang diletakkan di atas meja kopi.
Selepas membasuh periuk, Ou Ming terus merebus ubat itu.
Yu Lili terkejut. "Macam tak percaya kamu juga pandai merebus ubat."
Ou Ming menjeling Yu Lili dan kelihatan bangga. "Kecuali mengandung, tak ada apa-apa yang saya tak boleh belajar untuk lakukan."
"Kamu pandai memasak?"
"Saya boleh belajar."
…Itu maknanya kamu tak pandai.
"Kamu boleh mengemas?"
"Saya boleh belajar."
"Itu maknanya kamu tak boleh lakukan apa-apa," kata Yu Lili sambil memandang Ou Ming dengan pandangan merendahkan. "Hmm, kamu hanya pandai berlagak."
Ou Ming tersenyum lembut lalu menyentuh pipi Yu Lili dan berkata, "Saya juga boleh buatkan kamu 'puas'. Kamu nak cuba?"
Yu Lili mahu membantah, tetapi dia ternampak senyuman jahat pada mata Ou Ming.
Dia segera tersedar maksud sebenar Ou Ming dan wajahnya terus bertukar kemerahan. Dia menjeling Ou Ming tajam lalu menjerit, "Kotor!"
"Bila dengar perkataan itu, baru saya teringat yang saya memang suka perkara 'kotor'. Apa kata kita cuba?"