Chereads / Perceraian Ke-99 / Chapter 892 - Nama Saya Shen Manting

Chapter 892 - Nama Saya Shen Manting

Kepercayaan…

Ia perkataan yang ringkas, tetapi sukar untuk Yu Lili mempercayai Ou Ming.

Terlalu banyak salah faham yang telah berlaku antara mereka.

Adakah dia dapat mempercayai Ou Ming sepenuhnya?

Tidak.

Tetapi sekarang dia tiada pilihan, bukan?

Yu Lili hanya mengangguk dengan kata-kata Ou Ming. Dia memandang Ou Ming dengan matanya yang bersinar, tetapi tidak berkata apa-apa.

Ou Ming merenung rambut Yu Lili dengan penuh kasih-sayang , kemudian menyentuhnya dan berkata, "Simpanlah rambut panjang kembali. Kamu lebih cantik berambut panjang."

"Okey." Perasaan Yu Lili menjadi semakin baik. Dia mendekati Ou Ming dan mencium pipinya. "Pergilah ke pejabat. Saya mahu naik ke rumah untuk melukis."

Emosi yang samar-samar tetapi kuat dapat dilihat pada mata Ou Ming. 

Ketika Yu Lili mahu turun, Ou Ming tiba-tiba menariknya dan terus mencium bibirnya. Lidahnya dimasukkan ke dalam mulut Yu Lili dan bersimpul lembut dengan lidah teman wanitanya itu.

Yu Lili tersenyum lebar dan memeluk Ou Ming.

Perasaannya kembali gembira.

Ou Ming menyedari perubahan mood Yu Lili dan tersenyum. Dia memegang wajahnya dan berbisik, "Selepas ini, tak kira apa khabar angin yang kamu dengar, beritahu saya dengan jujur. Selalunya kebenaran bukan seperti yang kamu sangka. Saya serius ketika saya beritahu mahu bersama kamu. Saya juga berkata benar yang saya tidak mahu berkahwin dengan Shen Manting. Tak lama lagi saya akan putuskan pertunangan dengan dia dan kahwini kamu."

Ou Ming ialah seorang lelaki yang berpegang kepada janji, jadi dia sentiasa berhati-hati dalam berjanji.

Tetapi apabila dia membuat sesuatu janji, dia pasti akan menunaikannya.

Yu Lili mengangguk dan hatinya berasa hangat. Dia mendongak dan mencium dagu Ou Ming lalu berkata, "Saya akan tunggu kamu. Saya juga akan berusaha keras kumpul wang supaya saya layak untuk bersama kamu."

Dia tidak mahu dipanggil sebagai perempuan simpanan lagi.

Senyuman Ou Ming hilang. Dia mengangguk dan membelai rambut Yu Lili lalu berkata, "Jadi isteri saya dan kamu tak perlu kumpul apa-apa wang. Cukuplah saya mencintai kamu. Saya mencintai setiap perkara tentang diri kamu yang sekarang."

Tiada pasangan impian di dalam dunia ini. Seseorang akan muncul secara tiba-tiba dalam hidup kamu dan kamu akan jatuh cinta kepadanya. Dia akan menjadi pasangan impian kamu.

Kesedaran tentang perkara itu tidak semudah yang disangka.

Yu Lili ketawa. "Saya tak sangka kamu fikir begitu." Yu Lili membuka pintu kereta dan berkata, "Saya naik dulu. Saya akan siapkan makan malam dan tunggu kamu pulang."

"Okey." Ou Ming mengangguk sambil tersenyum.

Yu Lili keluar dari kereta. Dia berpaling beberapa kali ke arah kereta ketika berjalan ke pagar pangsapuri mereka. Apabila Ou Ming melihat Yu Lili sudah masuk ke dalam, dia menghidupkan enjin dan memandu ke syarikatnya.

Apa yang tidak diketahui Ou Ming adalah berdekatan bangunan itu, sebuah kereta merah jambu telah lama diparkir. Seorang wanita cantik duduk di tempat pemandu dan telah memerhatikan kemesraan Ou Ming dan Yu Lili.

Tangannya yang putih melepak memegang satu cawan kopi. Tanpa sedar, genggamannya menjadi semakin kuat sehingga cawan kertas itu berubah bentuk.

Shen Manting keluar dari kereta merah jambunya sebaik sahaja melihat kereta Lincoln Ou Ming berlalu pergi.

Dia berjalan ke pagar pangsapuri. Disebabkan pagar itu mempunyai CCTV untuk mengesan bukan penghuni, Shen Manting dihentikan oleh pengawal keselamatan di hadapan pagar.

"Cik, Cik tak tinggal di sini, kan?" tanya pengawal keselamatan itu. 

Shen Manting yang memakai solekan cantik pada wajahnya tersenyum lembut dan berkata, "Saya tunang penghuni tingkat 28 bangunan ini. Nama saya Shen Manting."

Related Books

Popular novel hashtag