Chereads / Perceraian Ke-99 / Chapter 889 - He Specially Came Here To Pick Me Up

Chapter 889 - He Specially Came Here To Pick Me Up

Dia Datang ke Sini untuk Menjemput Saya

Ibu pejabat Komik Eurasian agak jauh dari tempat tinggalnya. Yu Lili terpaksa menaiki bas selama 40 minit dan jika ditambah dengan masa dia berjalan kaki, perjalanannya mengambil masa selama satu jam. Jam sudah menunjukkan pukul 9.50 pagi ketika dia tiba di ibu pejabat Komik Eurasian.

Beberapa orang telah datang untuk ditemu duga. Selepas seketika, akhirnya tiba giliran Yu Lili. Dia memakai pakaian yang dibelinya semalam. Ia gaya yang ringkas tetapi cantik. Penemuduga-penemuduga mempunyai pandangan pertama yang baik terhadapnya. Yu Lili memperkenalkan dirinya. Penemuduga melihat resumenya dan bertanya beberapa soalan, antaranya pengalaman kerja, mengapa dia berhenti kerja, pandangannya tentang syarikat dan kenapa dia memilih syarikat ini.

Yu Lili menjawab setiap soalan dengan mudah. Selepas itu mereka memberitahu Yu Lili untuk menunggu keputusan temu duga itu dihantar. Yu Lili berasa gembira kerana yakin dia telah melakukan yang terbaik. Jam menunjukkan pukul 11 pagi ketika sesi temu duga itu selesai. Dia menelefon Ou Ming dan panggilan itu segera dijawab. Yu Lili tidak tahu panggilan itu telah disambung sehingga dia mendengar bunyi enjin kereta. Dia bertanya, "Ou Ming, kamu di mana?"

"Saya dah bersedia untuk jemput kamu. Kamu di mana?"

"Saya di seberang jalan XX sekarang."

"Okey, tunggu di situ, saya akan tiba dalam masa lima minit."

Selepas itu Ou Ming terus menamatkan panggilan. Yu Lili berasa takjub.

Ou Ming boleh tiba di sini hanya dalam lima minit? Adakah Ou Ming sudah tahu di mana saya berada, jadi dia sudah datang untuk menjemput saya?

Yu Lili berasa gembira dan tersenyum. Dia berdiri di tepi jalan dan mengeluarkan gincunya untuk membetulkan solekan. Selepas selesai membetulkan gincunya, dia mendengar bunyi kereta. Kelihatan sebuah kereta Lincoln menghampirinya. Tingkap kereta itu diturunkan dan Yu Lili dapat melihat Ou Ming yang memakai kaca mata hitam di tempat duduk pemandu.

Comelnya! Senyuman Yu Lili bertambah lebar. Dia membuka pintu dan segera masuk ke dalam kereta.

"Kamu lapar? Kamu nak makan apa?" tanya Ou Ming sambil menanggalkan kaca matanya.

"Saya nak makan mi, jom pergi makan mi," jawab Yu Lili sambil tersenyum seperti bunga yang mekar.

Melihat senyuman itu, Ou Ming turut berasa ceria. Dia kembali memakai kaca matanya dan memandu ke restoran mi yang disukai oleh Yu Lili.

Dahulu Yu Lili merupakan pelanggan setia restoran ini dan Ou Ming sentiasa datang bersamanya. Pelayan restoran itu mengenali mereka. Sebaik melihat mereka masuk, dia segera menyapa dengan berkata, "Cik Yu, Tuan Ou, dah lama tak lihat kamu berdua. Silakan masuk." 

Yu Lili dan Ou Ming amat tahu tentang restoran itu dan berjalan dengan tenang ke bilik persendirian. Selepas memesan makanan, Yu Lili berlalu ke bilik air. Tiada bilik air di dalam bilik peribadi itu, namun terdapat beberapa di dalam restoran. Disebabkan dia selalu datang ke sini dahulu, Yu Lili dengan mudah menjumpai jalan ke bilik air.

Sekarang waktu makan tengah hari, jadi pasti ramai orang sedang menggunakan bilik air. Jika saya pergi sekarang, saya akan terpaksa beratur panjang.

Yu Lili berjalan ke bilik air di hujung koridor yang tidak ramai orang. Selepas selesai menggunakan tandas, dia mendengar bunyi tapak kasut tumit tinggi dari luar, dan pada masa yang sama suara seseorang turut kedengaran.