Chereads / Perceraian Ke-99 / Chapter 861 - Apa Sudah Jadi dengan Status Bujang yang Dikatakannya?

Chapter 861 - Apa Sudah Jadi dengan Status Bujang yang Dikatakannya?

Luo Zhan seakan menyedari renungan Lu Yihan dan menoleh ke arahnya. Lu Yihan mengangkat keningnya dan menjeling gadis di sebelah Luo Zhan. Luo Zhan hanya tersenyum dan kelihatan baik, tetapi dia seakan tidak mengenali Lu Yihan. Sebaliknya dia memandang gadis di sebelahnya dan memegang tangannya sebelum mereka masuk ke dalam kelab itu bersama-sama.

Lu Yihan faham Luo Zhan sengaja berpura-pura tidak mengenalinya, tetapi tetap berasa jengkel. Dia tersenyum sinis dan melemparkan kunci keretanya kepada pengawal di pintu sebelum turut masuk ke dalam kelab itu. Apabila pelanggannya tiba, mereka makan bersama-sama sebelum pergi ke padang golf. Walau bagaimanapun, Lu Yihan berasa nasibnya agak malang apabila sekali lagi terserempak dengan Luo Zhan ketika sedang bermain golf.

Luo Zhan sedang memeluk gadis yang dibawanya dari belakang. Tangannya memegang tangan gadis itu, tetapi dia kelihatan sabar. Pandangannya lembut dan dia sedang mengajar gadis itu bermain golf dengan sabar.

Dia nampak sangat mahir… Tapi, sejak bila Luo Zhan pandai bermain golf?

"Lu, Lu?" Setelah dipanggil oleh pelanggan itu beberapa kali, barulah Lu Yihan tersedar lalu tersenyum dan kembali bermain dengannya. Namun dia tidak lagi mampu untuk fokus. Sekejap-sekejap dia akan menoleh ke arah Luo Zhan dengan fikiran yang kosong. Selepas lebih setengah jam bermain golf, pelanggannya beredar untuk menjawab panggilan telefon.

Selepas menghantar pelanggannya pergi, Luo Zhan mahu mengambil keretanya untuk pulang. Namun apabila pengawal bertanya kepadanya untuk mengambil kereta, dia berhenti dan masuk kembali ke dalam kelab itu.

Luo Zhan dan gadis itu masih berada di padang golf. Kelihatan gadis itu sudah semakin mahir bermain.

Tidak dapat dinafikan lagi Luo Zhan ialah guru yang bagus. Tapi sejak bila lelaki itu pandai bermain? Jika dilihat kepada tekniknya, ternyata Luo Zhan bukan seseorang yang baru sahaja bermain golf.

Ketika Lu Yihan berjalan ke arah mereka untuk menyapa, tiba-tiba Luo Zhan memeluk gadis itu dan mereka kelihatan amat rapat.

Mereka kelihatan… mesra. Jadi… apa sudah jadi dengan status bujang yang dikatakan Luo Zhan? Dan bukankah dia berkata tidak tahu cara memikat perempuan? Dia langsung tidak kelihatan kekok!

Lu Yihan tiba-tiba berasa seakan tertipu. Perasaan tidak gembira yang sukar dijelaskan dan kemarahan menyelubungi hatinya. Dia memandang Luo Zhan dan gadis itu seketika, kemudian berpatah balik ke rumah kelab.

*****

Luo Zhan dan Ruo La menonton filem cinta yang dipilih oleh Ruo La dan sedang popular sekarang. Tetapi selepas beberapa minit menontonnya, Luo Zhan sudah mula berasa bosan.

Ruo La menyedari Luo Zhan hampir tertidur, jadi dia menyikunya lembut dan Luo Zha terus tersedar. Namun di luar jangkaannya, Luo Zhan tiba-tiba berkata, "Saya mahu makan ikan rebus dengan kobis jeruk China hari ini."

Tetapi selepas mengatakannya, Luo Zhan baru tersedar kata-katanya langsung tidak sesuai dengan keadaan ketika itu.

Pipi Ruo La kemerahan dan dia mengangguk. "Okey."

Hero dan heroin di dalam filem sedang menangis dan hampir semua penonton mengelap air mata. Ruo La turut tersentuh sehingga mengalirkan air mata. Tetapi sebaliknya, Luo Zhan tiba-tiba berasa tidak gembira. Perasaan malu dan marah yang tidak dapat dijelaskan menyelubungi hatinya.

Sebaik keluar dari panggung wayang, Ruo La menarik Luo Zhan ke pusat membeli-belah berhampiran dan berkata, "Saya cari di aplikasi telefon dan jumpa restoran yang boleh masak ikan yang sedap di pusat membeli-belah ini. Jom."

Related Books

Popular novel hashtag