Chereads / Perceraian Ke-99 / Chapter 852 - Segera Berbaik Selepas Bergaduh

Chapter 852 - Segera Berbaik Selepas Bergaduh

Su Qianci terdiam mendengar permintaan Yu Lili, manakala Ou Ming berkata, "Kalau kamu tidur dengan Su Qianci, di mana Tuan Muda Li mahu tidur?"

Yu Lili menjeling Ou Ming tajam. Kemudian dia menarik lengan baju Su Qianci dan berkata, "Qianqian."

Jika saya tinggal sebilik dengan Ou Ming… saya tak boleh bayangkan bagaimana dia akan menghina saya. Saya tak tahan dengan perkara itu. Saya tak mampu hadapi penghinaan dia… Jika saya menderita kerana kata-katanya lagi, saya bimbang saya akan cuba bunuh diri lagi! Lebih baik mati daripada dihina sebegitu di hadapannya…

Dalam situasi ini, Su Qianci tidak tahu siapa yang harus dibantunya dan menoleh ke arah Ou Ming. Dia melihat Ou Ming mengecilkan matanya. Su Qianci berasa malu lalu memegang tangan Yu Lili dan berkata, "Lili, baik kamu duduk bersama Ou Ming. Saya bimbang Li Sicheng tak akan benarkan saya tidur bersama kamu malam ini."

Lebih tepat lagi, saya bimbang Ou Ming yang tidak akan membenarkannya. Tambahan pula, jika saya mahu mereka berdua berbaik, satu-satunya cara ialah membuatkan mereka tinggal di bilik yang sama. Ia cara yang paling berkesan. Mereka tidak ubah seperti saya dan Li Sicheng dahulu… Kami selalu cepat berbaik selepas bergaduh.

Su Qianci menarik tangannya dari pegangan Yu Lili dengan perlahan lalu menolak Yu Lili ke dalam bilik itu dengan lembut. "Masuklah."

Ketika itu juga, Ou Ming menarik tangan Yu Lili dan berkata, "Mereka pasangan suami isteri, pastilah mereka tidur bersama. Kenapa kamu mahu tidur di bilik mereka pula?"

Dada Yu Lili terasa sesak. Nafasnya menjadi laju, wajahnya berkerut dan dia menjerit marah, "Kamu tahu apa yang saya maksudkan!"

Ou Ming memandangnya dengan dingin. Bibirnya yang merah dan nipis kelihatan kejam. Dia bertanya, "Jadi apa maksud kamu?"

Yu Lili bertambah berang. Dia mendengus sinis. "Kamu tak tahu apa yang saya maksudkan?"

Melihat kedua-dua mereka bergaduh, Su Qianci berdehem dan berkata, "Ou Ming, kamu dah berjanji dengan saya…"

"Saya ingat," kata Ou Ming segera dan terus menarik Yu Lili ke dalam bilik. "Tuan Muda Li sedang tunggu kamu. Pergilah balik ke bilik kamu dengan segera."

"Ya, saya akan pergi sekarang. Kamu berdua… berbincanglah." Su Qianci menghulurkan barangan Yu Lili kepada Ou Ming. "Nah, ini barang Lili."

Ou Ming memandang sekilas barang-barang itu kemudian menoleh ke arah Yu Lili dengan senyuman sinis. Yu Lili berasa seakan tertangkap dan wajahnya bertukar kemerahan. Ou Ming seolah-olah dapat melihat perkara di dalam hatinya.

Dia sedang ketawakan saya kah?

Yu Lili berasa terhina dan tidak mampu bertahan dengan pandangan Ou Ming, jadi dia memandang Su Qianci dan berkata, "Qianqian, boleh kamu pinjamkan seratus yuan untuk saya ambil teksi pulang ke rumah? Saya ada rumah sewa di ibu kota. Saya nak balik sekarang, saya baru teringat saya masih ada banyak urusan untuk diselesaikan di rumah." 

Ou Ming menggenggam lengan Yu Lili lebih kuat dan berkata sinis, "Rumah tempat kamu cuba bunuh diri?"

Yu Lili terkejut dan menoleh ke arah Ou Ming. Ou Ming seakan tersenyum mengejeknya dan berkata, "Tuan rumah itu dah buang kamu. Dia dah kembalikan deposit dan bayaran tambahan yang kamu bayar kepada saya."

Mendengar kata-kata itu, Yu Lili berasa amat marah dan membentak, "Kenapa kamu buat begitu?!"

Tanpa mengendahkan Yu Lili, Ou Ming berkata kepada Su Qianci, "Qianci, kamu boleh balik ke bilik. Saya akan berbincang dengan dia." Selepas mengatakannya, dia menolak Yu Lili ke dalam bilik itu dan terus menutup pintu dengan kuat.

Related Books

Popular novel hashtag